Ikut sebenar aku, aku tak tahu nak pergi mana dan buat apa. Jadi aku serahkan pada Aidil sahaja. Sampai sahaja di bandar
"Laparnya....I don't eat any breakfast yet? " Aidil memberitahu aku sambil memandang kiri kanan.
Aku melihat jam di tangan. Oh dah hampir jam 12 rupanya. Memang patut lapar pun.Terkenangkan hal tadi. Kami berdua sama-sama bukan orang Johor. Nak menuju kemana tadi puas berfikir. Kata Aidil dia ada bertanya kawan-kawan dari Johor kemana lokasi boleh melepak.Jadi dari hostel tadi kami menaiki bas dan terus ke Larkin. Dari Larkin kami ambil bas ke Aeon Tebrau. Ni semua idea dari Aidil. Aku ikut je. Sah-sah aku tak reti apa-apa. Besar juga Aeon Tebrau ni.
"Jom" tanpa aku menduga tangan kiri aku di raih Aidil. Macam renjatan elektrik aku kena. Dahlah jantung aku ni semacam je dari tadi dia punya degupan. Ni tambah lagi kejutan. Ada aku pengsan juga ni. Aku menunduk. Malu bercampur berdebar.
"How about Nando's?" Aidil menyoal aku.
" up to you." Aku tersenyum.
Kami masuk ke dalam Nando's dan kami membuat pesanan.
Sementara menunggu pesanan kami sampai. Aku dan Aidil berbual. Aku lebih banyak berdiam. Apa disoal itu yang aku jawab.
"Are you ok .?"
Aku memandang Aidil. Dah kenapa!
"Ok jer."
"Nampak macam kurang selesa je."
"Saya ok. "
"Saya je menyoal awak. Awak senyap je kenapa?"
"Saya oklah. Cuma rasa kekok je"
"Kenapa?".
Adoi nak cakap apa dengan dia ni. Nak cakap malu dengan awak sebab renungam mata awak tu buat saya nak pengsan.
Bengong!"Saya ok Aidil cuma saya tak pernah keluar dengan lelaki lagi-lagi berdua begini" Aku bersikap jujur. Tak reti nak menyimpang.
"Mean.. Saya orang pertama awak keluar bersama?"
Aku mengangguk.
"Tipulah. Sekolah takkan tak keluar dengan some one yang ...." Aidil menjungkitkan kening kanannya sambil tersenyum.
"Saya sekolah perempuanlah Aidil. Kalau tanya pasal special memang tak ada. Agak-agak nak kena dengan abang-abang saya bolehlah.bla bla bla bla..."
Aku menceritakan kepadanya tentang kedua abang aku yang berkuasa mutlak dalam pemilihan siapa yang boleh berkawan dengan aku mahupun sebaliknya. Entah kenapa mudah sangat aku beritahunya keadaan aku yang sebenar.
Aidil sekadar mengangguk.
"Saya pun ada adik perempuan. Saya pun lebih kurang macam abang awak. Sayang adik mesti nak kena jaga dengan elok. Awak gadis yang cantik Shee. Saya percaya ramai lelaki mudah tergoda dengan awak. Awak sangt memikay Shee.Tengoklah dua minggu saya perhatikan awak dari jauh. Berapa ramai cuba mendekati awak. Lagi-lagi macam awak satu-satunya anak perempuankan. Kalau tak abang-abang awak jaga awak siapa nak jagakan. Zaman sekarang bukan boleh percaya. Lagi umur baru meningkat remaja ni mudah terpengaruh. Bukan senang tau jadi seorang lelaki dan abang. Kadang saya sendiri rasa baik ada adik lelaki 10 orang dari adik perempuan seorang."
"Maksud awak kami yang perempuan ni menyusahkan ke?"
Aidil tergelak kecil mendengar soalan aku.
"Bukanlah wak.. Maksud saya macam ni. Kalau macam sayalahkan. Saya ni tak nak adik saya tu terjerumus ke perkara yang boleh merosakkan diri dia. Bukan lelaki je berani mencuba Shee. Perempuan pun sama. Apa sahaja pasti nak di cuba. Perempuan hati lembut dan mudah simpati pada orang dia sayang. Pujuk sikit cepat cair. Kalau dah mudah cair, mudah diperdayakan. Lagipun adik saya dua orang tu saya kenal dan tahu perangai masing-masing. Nak harap dia takut pada mak. Mestilah tak. Mak saya pun dia berani lawan. Ayah saya jarang ada rumah sebab kerja selalu kesana kemari. Jadi harap sayalah. Lagipun saya abang mereka mesti saya nak terbaik untuk mereka."
entah kenapa kata-kata Aidil memberi sedikit kesan pada aku. Aku terus teringat pada Asyraf dan Amsyar.

ANDA SEDANG MEMBACA
SHEE ITU AKU!
RomansaIni kisah aku. Aku Sheena Batrisya. Aku nak jadi Fashion Designer. Dan sekarang aku merupakan pelajar bidang Fashion and Design. Ada kisah buat aku terlibat dalam dunia modeling. Kisah biasa-biasa tapi akhirnya jadi luar biasa. *********** Hidup ak...