SHEE ITU AKU-41-

2.4K 72 1
                                    

Tak pasal-pasal aku kena berhadapan dengan kedua abang aku. Hana dan Warda telah masuk rumah terlebih dahulu. Sebelum itu mereka dah minta kebenaran Hana dan Warda untuk naik ke bilik aku. Minah dua orang ni macam belatuk. Angguk je. Wajah mereka pun pucat. Yang nak berhadapan bukan diorang, aku ni ah. Lebih-lebih lak pucatnya. Aku ni yalah. Cuak terus nak pandang diorang. Tak berani aku nak angkat wajah aku pandang wajah mereka berdua.

"Kenapa adik tak bagitahu kami!?" Aku mengangkat wajahku memandang abang Amsyar. Tetapi satu perkataan pun aku tak mampu untuk keluarkan. Nak cakap apa.!?

"Adik abang tanya elok-elok ni. Jawab.!" Abang Amsyar bersuara lagi. Kedua tangannya di lipatkan rapat ke dada dengab mata merenung tajam ke arah aku. Mataku beralih pula ke arah abang Asyraf. Kalau dah kembar, kembar jugalah. Sama je reaksi mereka.

"Adik...."

"Ya..ya.."Aishhh!!! Aku ni mengelamun!

"Kenapa tak bagitahu kami!? Ibu tahu tak?"

"Tak. Semua tak tahu. Adik tak bagitahu." Mulut je aku buka tapi mata tak berani nak pandang mereka.

"Kenapa dia pukul adik?" Mata aku pandang pada abang Asyraf.

"Dia cakap adik ganggu suami dia. Tapi adik cakap betul, adik langsung tak cari Aidil." Tapak tangan aku angkat rapat ke bahu. Seolah aku bersumpah dengan apa yang aku katakan.

"Betul?"  Aku sekadar mengangguk kepala sahaja dengan pertanyaan abang Asyraf.

"Abang..." Aku cuba memberanikan diri. Aku kena cerita perkara sebenar.

"Malam sebelum tu Aidil memang ada cari adik. Tapi adik tak layan. Memang Aidil mengaku nak adik semula tapi adik tak nak. Adik takkan sekali jadi punca rumah tangga orang lain. Lagipun hati adik tawar padanya." Peritnya berbohong pasal perasaan sendiri. Walaupun aku lihat orang lain kacak dan kadang-kadang tergedik terutama en Fahim mahupun Ilham tapi hati aku tetap ada namanya. Masih Terukir, terpahat di satu sudut yang jauh di dasar hati aku ini.

En Fahim!?
Ilham!?
Errkk...

Wajah kedua abang aku pandang dan aku sambung lagi...

"Bila Rania cari adik. Adik dah cakap adik tak cari Aidil dan adik dah elak dari jumpa Aidil. Tapi Rania tak percaya. Dia mati-mati cakap adik cari Rania.Adik nak buat macam mana kalau Aidil memang nak  datang sini tapi percayalah, adik memang tak pernah keluar jumpa dia sebab belum sempat adik keluar,sah-sah si mulut kepoh tu terjah maki si Aidil dulu" aku tergelak terus teringat si Warda. Dia memang berani betul. Aidil pun tak menjawab kalau Warda membebel di luar.

"Kenapa ketawa?"

"Sorry abang. Teringat si Warda tu, kalau membebel mengalahkan mak orang." Aku berkata dengan sisa ketawa masih ada.

Kedua abang aku tersenyum dan mengeleng kepala.

"Elok jugalah Warda tu mulut macam bertih. Kalau tak sampai sekarangkan adik masih berahsia dengan kami! Cukup lah kami tak berkenan sikap berahsia adik ni!!" Glup. Aku telan air liur.

"Maafkan adik abang. Adik takut nak cakap dekat abang. Adik takut nak bagitahu sebab adik takut abang marah adik. Tapi percayalah. Adik tak berniat nak gaduh dengan Rania. Cuma adik geram bila dia kaitkan ibu dan ayah. Tu sebab adik balas kata-kata dia. Tak sangka dia naik hantu sampai macam tu sekali. Terkejut adik sampai adik tak sempat fikir apa bila dia dah macam orang gila mengamuk. Errrkk." Abang Asyraf mengeleng kepala. Aku terus tertunduk kepala ni. Hailah!

"Rania..Rania.. Tak ubah perangai lagi rupanya" omel abang Asyraf. Walaupun nadanya perlahan tapi telinga aku masih dapat tangkap bicaranya dengan jelas.

SHEE ITU AKU!Where stories live. Discover now