Ini kisah aku.
Aku Sheena Batrisya.
Aku nak jadi Fashion Designer.
Dan sekarang aku merupakan pelajar bidang Fashion and Design.
Ada kisah buat aku terlibat dalam dunia modeling.
Kisah biasa-biasa tapi akhirnya jadi luar biasa.
***********
Hidup ak...
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Testing3...Wah...dahbolehletakpickatnote... Beforenipuaskitacuba..Pernahtgkenglishstoryadletakpicginitapikita try2..awatkitaxleh... La ni dah boleh..yippi...
Aku yang terlena di kejutkan abang Amsyar untuk bangkit makan malam. Keluar sahaja dari bilik mandi selepas mencuci muka dan mengosok gigi, aku terus menuju ke ruang hadapan. Aku menghampiri abang-abang aku yang sedang menunggu aku. Makanan telah siap terhidang diatas meja. Aku mengambil tempat di sebelah abang Asyraf.
Semangkuk bubur ayam di dekatkan dihadapan aku. Terkebil-kebil mata aku melihat bubur ayam tersebut. Aik! Malam-malam gini hotel ada sediakan bubur ayam? Ke abang-abang aku yang minta diorang sediakan. Tak kisahlah. Ok juga bubur ayam. Selera aku yang konon besar sangat tadi dah termati akibat hal tadi.
Setelah membaca doa makan, aku terus menjamah bubur ayam tersebut. Bulat mata aku saat sesudu bubur ayam selamat masuk kedalam mulut aku. Terus sahaja aku bertanya pada mereka.