SHEE ITU AKU!- 47-

2.4K 103 8
                                    

Aku  duduk dengan kaki yang masih belunjur di bawah selimut biru ini.

Terlalu letih.

Letih dengan keadaan yang menimpa aku semalam.
Letih dengan keadaan aku sekarang yang di serang demam terkejut.
Lagi letih sekarang, aku masih di bilik yang sama seperti tersedarnya aku di awal pagi tadi..
Sekarang ini aku lebih letih lagi sebab aku ditenung oleh lelaki yang bernama Ilham.

Letihkan.

Mata dia tak lepas memandang aku dari tadi. Wajah macam marah tapi tutur katanya tak kasar pula. Biasa-biasa kedengaran.
Katanya puas dia kejut aku pagi tadi untuk bangun solat. Akhirnya subuh berlalu. Dia tengok aku tak bangun rupanya aku demam.
Dia cakap lagi, dia cuba kejut aku sekali lagi untuk aku bangun sarapan. Tapi aku still tak bangkit. Dan dia cakap lagi, dia terpaksa juga memaksa aku bangun dari tidur selarang ini sebab jam dah 2 petang .Dia mula risau. Kalau aku tak bangkit juga dia akan angkat aku bawa pergi hospital.

Fuh.. Nasib aku bangun juga.

"Ni ada barang untuk kau. Kau pergi bersihkan diri dulu. Lepas tu kau boleh makan dan makan ubat."bag kertas kini bertukar tangan.

"Barang?" Soal aku.

"Baju untuk kau. Tadi aku keluar kejap masa kau tidur. Aku pergi cari baju yang sesuai untuk kau. Kalau setakat nak aku pinjamkan t-shirt aku boleh je. Tapi seluar kau dan..." Katanya terhenti...

"Buat susah awak je.saya boleh pakai baju semalam" buat apa dia pergi beli. Baju semalam aku boleh pakai semula sementara nak sampai rumah sewa.

"Aku dah buang." Bulat mata aku dengan
keselambaan dia lafazkan perkataan buang. Baju aku dia buang!

"Kenapa buang!?" Aku tak puas hati. Suka membadak dia je buang harta benda aku!

"Kotor!" Tersenyap dan kepala aku terus tertunduk. Kenapa satu perkataan tu buat aku rasa terguris hati. Kotor?

Kotor apa yang dimaksudkan Ilham!?

Baju tu benar-benar kotor atau sebab baju tu aku sarung ketika Mikaiel ...... atau aku yang di maksudkan kotor dengan apa yang berlaku malam tadi.

Sebak.

"Awak maksudkan saya kotor?" Soal aku tanpa selindung. Entahlah aku tak tahu kenapa mesti terasa dan aku boleh fikir lagi yang dia maksudkan baju aku. Tapi...

"Hey...apa kau merepek ni. I mean baju kaulah. Bukan aku cakap......" Dia terhenti seketika sebelum menyambung.

"Wait!!... Hey.. I think you... Hey.. Aku...mmmm aku rasa kau dah salah faham. I don't mean you..... It not like what you think. Aku.. "

"Tak apa saya faham. Saya bersihkan diri dulu." Tak mahu tunggu dan dengar. Aku menyelak selimut yang menutup kaki aku. Belum sempat aku turunkan kaki dari katil. Ilham menyambar lengan aku. Kedua bahu aku kini di gengam erat dan di tekan.

Aku terjerit kecil. Wajahnya begitu rapat dengan aku. Buat aku lagi tak selesa. Dahlah aku belum mandi. Kang double kotor pula dia sebut.

Benci.

"Looked me!" Tegas.

Aku masih mendiamkan diri.

"I said looked me now Sheena Batrisya!" Nadanya yang bertukar nada keras membuatkan aku tersentak dan terus mata aku memanah anak matanya.

Pandangan aku kabur, serentak itu air mata yang aku tahan mengalir setitik demi setitik tanpa sempat aku tahan. Tak tahu kenapa. Rasa sebak.

"Sorry.. But seriously aku tak maksudkan apa yang kau fikirkan tu. Dress kau koyak di bahagian bahu dan sedikit di hujung dress kau. Jadi takkan aku nak biarkan kau pakai baju tu. Apa orang cakap kalau tengok kau dengan keadaan macam tu. Tak mustahil orang akan cakap aku yang .... You understand right what I mean... Uh!?"

SHEE ITU AKU!Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang