SHEE ITU AKU!-37-

2.9K 86 6
                                    

Tepat jam 11 pagi aku dah sampai di Pavilion. Aku menyarung dress biru paras lutut berlengan tiga suku yang aku beli online dari IG Fashion Valet. Senang membeli di situ. Banyak jenama yang di hasilkan pereka tempatan. Chanel mini classic flap bag bewarna hitam dan wadge hitam dari jenama Gucci sebagai pelengkap aku hari ini. Ringkas dan sesuai dengan tubuh aku. Makeup yang tipis aku oleskan. Aku tak minat makeup yang tebal. Tak kena dengan usiaku.

Setiba di Pavilion, aku agak terkejut bila mana abang Asyraf terus masuk mencari parking.
"Eh kenapa masuk parking?" Soal aku pada abang Asyraf. Yelah berhentikan aku di pintu utama sudahlah. Tahu aku masuk kedalam. Lagipun bukan tak biasa pergi Pavilion ni.

Kedua abang aku tidak menjawab. Mulalah nak buat hati aku tak sedap. Setelah meletakkan kereta di tempat letak kereta kosong, kami semua keluar dari perut kereta. Takkan diorang nak ikut?

"Abang nak shopping ke?" Soal aku sambil merangkul tangan abang Asyraf. Aku memang macam ni. Kalau berjalan mesti nak berpaut tangan sama ada dengan abang Amsyar atau abang Asyraf. Kalau sikap tamak aku datang, kedua-dua tangan mereka aku rangkul. Hehehehe

Walaupun mereka ni tegas, tapi bila beriadah, mereka rajin ikut kehendak aku. Kalau shopping empat jam, empat jamlah mereka ikut. Kalau pergi salon, dua jam dalam salon, dua jam jugalah mereka menunggu. Tak pernah merungut. Kadang aku pelik juga, diorang ni tak ada girlfriend ke? Nak kata tak handsome abang-abang aku ni, aku rasa ada je aku dengar yang nak berkenalan dengan mereka. Bila aku tanya jawapan mereka, tunggu adik abang dah besar. Dah besar ni pun tak pernah aku tengok girlfriend mereka. Pelik!

"Abang nak jumpa bos adik" terhenti terus langkah aku.

"Kenapa?" Soal aku.

"Abang nak tahulah dengan siapa adik keluar?. Lelaki macam mana? Betul ke ada Fashion show kat sini atau nak bawa adik merayap tempat lain."

Patutlah rajin nak hantar aku. Nak selidik rupanya. Cis!!

Suka hatilah. Kalau aku tegah nanti, pasti mereka heret aku bawa pulang rumah. Musnah impian aku nak tengok Fashion show.

Tiba di ruang legar Pavilion, aku membuat panggilan pada en Fahim.

Lima minit kemudian,

"Hai Sheena." Aku menoleh ke belakang dan tersenyum.

Wow wow wow....kenapa aku rasa...

He's hot!..
He's hot!...
He's hot!....

Zzzrrreeetttt!!!!!
Be have Sheena!. Jangn teruja sangat.
Abang-abang kau memerhati.

"Hai en Fahim." Aku membalas sapaannya. Sehabis lemah lembut ni ah.
Dia tersenyum.. Sesaat kemudian, mata en Fahim berkalih ke arah dua orang abang aku. Pasti pelik melihat dua lelaki dah serupa bodygurd mengiringi aku hari ini.

Abang Amsyar memulakan menghulur tangan pada en Fahim.

"Amir Amsyar. Abang Sheena." En Fahim yang kelihat terkejut terus menyambut huluran tangan abang Amsyar dan tersenyum..
Alahai manisnya....

"Fahim Irfan" setelah itu tangannya di hulurkan kepada abang Asyraf pula.

"Fahim Irfan"

"Amir Asyraf"

Aku sekadar memerhati. Sebenar gugup juga berada diantara en Fahim dan kedua abang aku ni. Tak pernah kot lelaki yang aku kenal bersembang dengan abang aku. Eh mana ada aku kawan dengan lelaki sebelum ni. Ish!. Tapi nampak biasa sahaja antara mereka ni pula.
En Fahim begitu bersahaja berbual dengan abang-abang aku malah abang-abang aku tidak menunjukkan tanda kurang selesa. Ok kot!!

SHEE ITU AKU!Where stories live. Discover now