SHEE ITU AKU!-77-

2.6K 92 16
                                    

Percayalah, rasanya nak taip TAMAT terus dah ni..tapi sah tergantung. Bertabahlah u all.. I promise tinggal  beberapa part je..
Sikit lg!!!!.

Tamat sahaja sem 6, aku tak tunggu lama untuk berehat di rumah. Cukup sekadar dua minggu aku lepaskan lelah.

Sementara menunggu konvokasyen,
Aku terus mendaftar khusus jangka pendek di salah sebuah kelas menjahit yang terletak lebih kurang 10 minit dari rumah aku. Bukan apa aku ambil kursus ini, sengaja untuk menambahkan kemahiran aku dan belajar skill menjahit. Ilmu ni perlu di tuntut seberapa banyak yang boleh. Disini sepatutnya kelas di adakan selama 6 bulan. Aku meminta kebenaran untuk mempercepatkan proses kelas. Dari 6 bulan menjadi 3 bulan. Bukan apa, aku tiada komitmen apa-apa lagi, jadi kelas yang sepatutnya seminggu hanya dua kali, aku ambil empat kali untuk seminggu.

**********

Hari ini aku pulang lewat sedikit dari kelas. Sengaja pulang lewat sebab,aku nak sudahkan kerja aku. Lagipun agak susah sedikit untuk aku siapkan. Memandangkan tiada orang  lain hari ini di kelas selain aku dan cikgu, terus sahaja aku mengambil kesempatan untuk bersembang dan menyelesaikan tugasan.

Bila berdua begini, bermacam ilmu di kongsikan. Alhamdulillah, cikgu yang mengajar aku ini sangat murah dengan ilmu. Langsung dia tidak berkira dengan aku. Apa yang dia ada di kongsikan bersama. Katanya ilmu perlu di kongsi. Kedekut pun bukan berkat.

Setiba sahaja aku di rumah, aku lihat kereta kedua-dua abang aku ada. Oh ya, kakak-kakak ipar aku masing-masing sudah selamat bersalin dan kini berpantang di rumah orang tua masing-masing.

Abang Asyraf dan abang Amsyar masing-masing di kurniakan anak lelaki. Punyalah seronok mereka berdua , anak sulung mereka  lelaki.

Abang Asyraf dan kak Syifa menamakan anak mereka. Aryan Sufian manakala abang Amsyar dan kak Qhayra menamakan anak mereka,
Arif Qusyairy. Sekali tengok, anak buah aku tu macam kembar. Beza kurang sebulan mereka tu sebenarnya pun.

"Assalammualaikum" aku memberi salam sebaik sahaja melihat kedua mereka berada di sofa ruang tamu.

Kepala kedua- dua mereka menoleh kearah aku dan tersenyum. Aku menghampiri mereka dan menyalami tangan kedua-dua mereka.

"Lambat balik?"

"Saje balik lambat. Tak ada orang hari ni, adik lepak siapkan tugasan smbil korek-korek ilmu dari cikgu. Cikgu pum tak kisah tadi. Jadi adik apa lagi....heheheh..." aku tayang sengih pada kedua-dua abang. Mereka sekadar mengeleng kepala. Percayalah walaupun dah,20 tahun hidup dengan mereka berdua ni, kadang-kadang tingkah mereka secara tak sengaja boleh buat aku tersenyum mahupun ketawa. Umpama cermin mereka ni beriaksi tanpa merancang.

Kang sorang naik kening kanan tetiba sorang lagi pun naik. Sorang usap tengkuk, sorang lagi pun sama. Yalah nama pun kembar. Serba serbi sama.

"Adik naik bilik dulu nak mandi dan solat jup ya"

**********

Hari yang dinantikan tiba..
Konvokasyen!!!!!
Yippi!!!!
Dari semalam aku dah datang Johor bersama seluruh ahli keluarga aku.
Konvokasyen kali ini di adakan di Stadium Pasir Gudang.
Ya Allah baru beberapa bulan tak jumpa kawan-kawan aku, dah macam-macam perkhabaran ada. Yang dah bertunang ada malah yang dah berkhawin pun ada. Alahai, happynya mereka.

SHEE ITU AKU!Where stories live. Discover now