SHEE ITU AKU!-54-

2.3K 90 17
                                    

Ya Allah...
Dugaan apa pula nak aku hadapi ni?
Kenapa mesti dia ada di sini?
Adakah memang mereka berjanji atau....

"Adik..." Nama aku di seru menyebabkan aku tersedar seketika dari kejutan yang aku terima ini. Mataku terus aku larikan dari memandang wajahnya tatkala wajah kedua abang aku yang begitu tajam merenung aku, aku pandang sekilas wajah mereka bertiga sebelum menunduk. Terasa peluh renek mula menyimbah wajah dan tapak tanganku.

"Sini!" Seru abang Amsyar. Dalam keadaan teragak-agak aku melangkah setapak demi setapak ke arah mereka bertiga. Aku tak berani mengangkat wajahku. Aku percaya, pasti sesuatu bakal  terjadi kerana pandangan tajam abang Asyraf begitu mengerunkan hati aku dan di tambah pula kehadiran dia.

Belum sempat punggung aku labuhkan di sofa ini, kedengaran bunyi phone abang Asyraf.

Panggilan di jawab dan aku dengar dengan jelas bicara abang Asyraf menambahkan lagi tanda tanya di dalam fikiran aku kini.

"Oh dah sampai."

"Ya dah ada.. Kau naik tingkat 3, bilik nombor 107"

Pandangan aku tidak beralih dari memandang wajah abang Asyraf. Siapa pula yang nak naik ke bilik ini.

Setelah panggilan di matikan. Kedua abang aku serentak menoleh kearah aku sebelum memandang ke arah wajah yang buat aku nak pengsan kini. Wajahnya begitu tenang bertentang pandangan abang Asyraf dan Amsyar manakala aku sebaliknya. Tatkala aku cuba mendamaikan jiwa sendiri, loceng bilik berbunyi membuatkan aku tersentak. Abang Amsyar bangkit dan berlalu menuju ke pintu bilik. Aku semakin tak sabar melihat siapa yang datang.

Nak gugur jantung aku bila melihat susuk tubuh yang cukup aku kenali melangkah masuk dengan tenang menghampiri abang Asyraf dan mereka berjabat tangan sambil tersenyum nipis.

Drama apa sedang berlaku kini!!!!!!!

Kenapa dua makhluk Tuhan ini mesti ada disini!?
Mesti ada dalam bilik bersama aku dan lagi aku tak boleh terima, kedua abang aku ada.
Tolonglah katakan ini mimpi.
Aku menampar lembut pipi sendiri.
Terasa sakitnya.

Ya Ampunnnn!!!!!!

Ini bukan mimpi. Semakin mengeletar badan aku.

"Duduk Ham." Perlawa abang Asyraf. Dia mengangguk , lalu punggungnya di labuhkan  berhadapan dengan aku. Mata aku masih melekat pada wajahnya walaupun matanya kini tidak memandang aku.

Kejap!!!

Ham!?
Kenapa macam aku pernah dengar panggilan itu.

"Maaf aku terpaksa menyusahkan kau Ham."

"Tak ada hal." Tuturnya pula.

Otak aku masih berputar.

Ham!?
Ham!?
Ham!?

Kenapa seperti biasa aku dengar panggilan itu dari bibir abang-abang aku.

Ham!?
Ilham!?
Ilham Zayyan!?

Takkanlah....

"Korang kenal ke?" Mata aku terus beralih ke wajah lagi satu yang berada di kiri aku. Terlupa pula aku kehadiran dia.

Ketiga-tiga mereka tidak menjawab hanya isyarat kepala di anggukkan serentak.

Ok jup!!

Mereka mengangguk!?
Maknanya abang-abang aku kenal Ilham Zayyan.

What!!!?

Adakah tekaan aku betul dan...

"Kawan abang ke? Ilham awak kawan abang-abang saya ke!? " Aku menepuk peha kiri aku  sekali dan mata aku bulat memandangnya.
Ish!!!!!!

SHEE ITU AKU!Where stories live. Discover now