"Morning..." Aku berlari anak turun tangga.
Semua yang berada di meja memandang kearah aku dan tersenyum.Aku memeluk dan mencium pipi wanita yang berada di meja itu. Rindunya.....
Aku beralih pula ke arah lelaki di bahagian ketua meja makan. Dia tersenyum. Aku lakukan yang sama....."Ibu.. Ayah... Adik rindu sangat..."
Semalam ketika pulang kerumah ibu dan ayah tiada. Menghadiri jemputan makan malam. Aku yang keletihan terus tertidur.
Seronok gila dapat tidur atas katil sendiri. Ikut hati tak nak bangun."Ibu pun rindu. Mari duduk makan sama."
Aku mengangguk.Wow ada nasi lemak dan paru goreng jintan. Sedapnya.
Seorang wanita berusia yang baru keluar dari dapur menghampiri aku. Aku terus bangkit dari kerusi memeluknya.
"Mak Yam....rindunya kat mak Yam..."
"Oh meletup kepala kambing..."
Aku tergelak kuat.
"Ish budak ni terkejut mak Yamlah."
"Ala adik rindu mak Yam tau."
Dia mencium pipi kiri kanan aku.
"Mak Yam pun rindu kamu. Dah ni ibu kamu masak nasi lemak pagi ini. Mak Yam jadi bos pula. Ibu nak masak sepesel katanya untuk anak bongsu dia"
Aku tergelak.
"Bukan sepesel lak mak Yam. Special!"
"Ala sama je bunyi tu ada sel sel tu oklah"
Semua di meja makan ketawa dengan komen mak Yam. Aku duduk semula di meja makan. Memang tak sabar aku nak makan nasi lemak buatan ibu ni. Nasi lemak paling sedap.
Mata aku memandang kedua abang aku yang berada dihadapan aku. Abang Asyraf dan Amsyar senyap je. Kenapa ya. Dari semalam hanya abang Amsyar bersuara itupun tanya yang penting. Abang Asyraf diam sepanjang perjalanan sehigga aku tertidur. Sampai sahaja di rumah semalam aku memang tak larat. Terus naik ke bilik dan tidur hingga pagi ini. Tak apalah kejap lagi aku guna kuasa Princesses aku untuk suruh mereka buka mulut. Akukan Princess en Ameen Firdaus dan pn Sumaiyyah.
"Adik macam mana kelas , ok?" Aku mengangguk.
Dengan semangat aku menceritakan semua hal .Setiap kelas dan apa yang aku belajar aku ceritakan. Aku memang macam ni. Dari sekolah apa benda hal di sekolah aku cerita pada ibu dan ayah.
"Model?"
"Ah ah ibu, adik mula tak nak juga, tapi bila adik pergi masa latihan tu tengok design kakak Marisa tu ibu,adik teruja sangat. Kira oklahkan esok senang adik nak cari model waktu adik sem 5 dan 6."
Ibu dan ayah mengangguk.
"Tak apakan ibu adik join?"
"Berkaitan pelajaran adik ibu tak kisah sayang. Lagipun itu modul pembelajaran kamu. Lainlah kamu suka-suka nak jadi model di luar, Ibu tak mahulah" aku mengangguk tanda faham.
Aku memandang abang Asyraf tapi abang masih menunduk menjamah nasinya. Abang Amsyar yang perasan aku memandang mereka hanya tersenyum tipis.
Pelik!"Tambah lagi dik" aku mngangguk. Memang aku nak tambah pun. Tak cukup sepinggan.
Sedang aku menyuap nasi tiba abang Asyraf bersuara.
"Roomate adik macam mana?" Aku terus tersedak. Mak Yam disisi aku menghulurkan minuman dan menepuk lembut di belakang aku.
"Adik.." Mama memanggil.
"Ok..ok.. Tersedak je" aku mengelap mulut aku dengan belakang tapak tangan. Dada aku terus berdegup kencang. Aku tak suka situasi ini. Aku terus menunduk pandang nasi di hadapan aku.

YOU ARE READING
SHEE ITU AKU!
RomantizmIni kisah aku. Aku Sheena Batrisya. Aku nak jadi Fashion Designer. Dan sekarang aku merupakan pelajar bidang Fashion and Design. Ada kisah buat aku terlibat dalam dunia modeling. Kisah biasa-biasa tapi akhirnya jadi luar biasa. *********** Hidup ak...