SHEE ITU AKU!-11-

2.7K 80 0
                                    

From: Aidil
03/09/2015 1400pm

Malam ni jumpa saya di kafe ya sayang.

To:Aidil.
03/09/2015 1402pm

Ok

Hari ini aku tak pergi kelas. Nasib kelas aku ada pagi je tadi. Lepas itu petang memang tak ada dah. Esok start cuti semesta.

Aku sekadar baring sahaja di dalam bilik. Amalina seawal pagi tadi katanya keluarga dia dah datang ambil. Aku tak tahu tindakkan apa yang dikenakan atas perbuatan dia pada aku. Aku pengsan semalam. Kata Hana pagi tadi dia dan Warda teman aku di bilik rehat. Hana masej Warda. Punyalah bising mulut Warda membebel. Gempar jugalah Hostel dengan kejadian semalam.

"Beb kau ok tak ni? Risau aku sampai pengsan kau" soalan pertama yang Hana tanya sebaik aku buka mata.

Aku sekadar mengangguk

"Wei terkejut aku masa Hana call. Tak pijak tanah aku lari kemari kau tahu."Warda duduk di sebelah aku,aku pandang.

"Sorry menyusahkan korang"

"Ish bukan meyusahkan pun tapi terkejutlah aku"Warda bersuara.

Aku menoleh ke Hana.

"Macam mana kau boleh datang ke bilik aku"  itu soalan yang aku terfikir nak tanya. Yalah aku rasa semalam aku nak masej Hana tanya nak tumpang tidur tapi tak sempat.

"Aku dengar kau menjerit masa aku jawab panggilan kau."

"Aku nak masej kau semalam nak tanya tumpang tidur bilik kau tapi dia dah tarik tangan aku dulu sampai terlepas phone aku. "

"Mungkin kau tertekan kot. Yelah phone touch sreenkan. Ah tak kisahlah wei janji kau tak di apa-apakan."

"Sebenar apa berlaku Shee..." Warda menyoal aku. Aku menarik nafas sedalam mungkin. Aku menceritakan situasi antara aku dan Ama.

"Tak sangka aku wei, jijik betul dia punya perangai. Betina dia tu mana? Sampai kau pun dia nak try."

"Entahlah cuma semalam dia ada cakap nape Aidil boleh peluk aku dia tak boleh. Masalahnya Aidil tu boy...." Terhenti aku. Terlajak kata pula. Diorang tak tahu hubungan aku dan Aidil.
Aku menunduk...

"Cop..cop..cop... Apa kau cakap?" Hana dah buat muka. Adoi. Mulut..kenapa suka kantoikan tuan badan.

"Aipppp ....jangan cakap kau dan Aidil dah.....ahhhhh baik mengaku sekarang." Warda dah naik-naik kening.

Aku tergelak dan mengangguk.

"Beb... Bila korang couple.. Siot gila senyap-senyap je"

Aku masih ketawa melihat wajah Warda dan Hana.

"Tak payah nak blushing sangat dengan kitaorang. Baik mengaku cepat!"

Aku menceritakan hal yang berlaku sabtu lepas kepada mereka berdua. Punyalah gamat bilik rehat ni dengan jeritan mereka. Over betul!

"Wow kawan aku dah ada couple. Serasi bersama la wei. Sama cantik sama padan. Bagai pinang terbelah-belah"

Bongok!

"Tapikan ..tapikan..."suara Warda membuatkan aku dan Hana terhenti ketawa. Kami menoleh kearah Warda.

"Kenapa"

SHEE ITU AKU!Where stories live. Discover now