SHEE ITU AKU!-78-

2.6K 76 35
                                    

Seperti yang dirancang, akhirnya aku kini sah bergelar tunangan orang. Tunangan kepada lelaki bernama llham Zayyan.Majlis diadakan dalam suasana sederhana. Hanya ahli keluarga terdekat sahaja yang hadir.

Tempoh pertunangan kami terikat dalam tempoj dua tahun. Ini kerana mama dan papa Ilham akan pulang Malaysia setahun dari tarikh pertunangan kami. Rupanya papa Ilham adalah kedutaan Malaysia di China. Aku ingatkan businessman papanya.khekhekheee.. Rupanya anak-anak yang businessman dan business woman. Mama Ilham ada butik menjual fabrik yang di import dari cina. Baru aku tahu juga. Jadi mama dia yang selalu pulang ke Malaysia. Perniagaan itu di jaga oleh sepupu Ilham dan dipantau oleh kak Iryani.

Balik pada majlis pertunangan aku  terasa macam mimpi ok!

Mimpi!?

Of courselah mimpi...
Mana tak mimpinya...
Habis konvokasyen terus aku jadi tunangan orang Perkara yang tak pernah tercapai dek akal aku langsung.

Macam mana aku nak percaya. Ibu ayah setuju dengan mudah sekali tanpa sebarang bantahan. Lagi tak masuk akal, kedua abang aku setuju adik dia akan di tunangkan dengan kawan mereka di usia sebegini muda. Sampai aku pergi jumpa mereka secara peribadi. Kotlah ada udang di sebalik-balik hal inikan.

"Ibu dan ayah ni serius? Adik macam tak percaya kot."

"La..kenapa pula. Tak suka ke?"

"Bukanlah cakap tak suka, tapi tetiba ibu dan ayah setuju dengan mudah. Adik muda lagi kot. Selalu bukan ibu ayah tak suka adik berkawan ke? Takut itu dan ini?"

Ibu dan ayah tersenyum.

"Sayang ibu, kami setuju bersebab dan kami tak suka pun bersebab"

Mula dahi nak keluarkan garisan ni.

"Kami tak bagi sebab risiko banyak zaman sekarang ni. Adik tu mudah percaya orang walaupun raut wajah adik tu kalau orang tgk macam susah nak mesra tapi adik ni seorang polos. Ayah kenal anak ayah sayang."

Ohoiii ayah.

"Lagipun kami ni tak nak adik mudah terpengaruh dengan orang luar terutama lelaki. Kami tak nak adik terjebak dengan hal yang tak elok dan sepatutnya."

"Adik pernah dengar tak orang cakap, jaga anak perempuan seorang, lebih susah dari jaga anak lembu sekandang?"

"Adik disamakan dengan anak lembu,   apalah ibu ni!" Aku muncung. Ayah dan ibu ketawa.

"Ibu tak samakanlah sayang. Tu perumpamaan sahaja"

Aku senyum. Alah bukan tak pernah dengar pun.

"Kami ni bukan nak jaga nama baik keluarga je sayang, tapi kami nak jaga maruah adik. Adik fahamkan?"

Aku mengangguk.

"Soal terima Ilham tu, mata tua kami nampak dia seorang yang bertanggungjawab malah jujur dalam hal berkaitan soal hati"

Aku sekali lagi berkerut dahi.

"Maksud ayah?"

" maksud ayah dia sesuai jadi menantu lelaki ayah"

Lagi aku tak faham.

"Ayah, betul-betullah!"

"La betullah.." Ayah ketawa.

"Adik percaya pada ibu dan ayahkan?"

Aku mengangguk. Mestilah aku percaya mereka.

"Percayalah sayang, jodoh tu Allah tentukan. Allah dah rancangkan perjalanan yang terbaik untuk adik termasuk jodoh dan kami yakin Allah telah hantar seseorang lelaki yang terbaik untuk adik iaitu Ilham Zayyan."

SHEE ITU AKU!Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang