SHEE ITU AKU!-79-

2.5K 74 63
                                    

Kerja aku di butik ni taklah susah mana pun. Dapat pula bos sporting giler! Memang terbaik. Aku setiap hari menjahit bersama sorang lagi pekerja mahir dan seorang lagi pekerja menjaga kedai sambil-sambil jahit manik. Kak Nina ni pemilik butik ini. Dah hampir sepuluh tahun dia dan suaminya mengusahakan butik pengantin ini. Selain kami bertiga, dia ada juga pekerja mahir di rumah. Seorang tukang jahit dan seorang tukang jahit manik. Selain itu dua orang pembantu suaminya dalam mengendalikan pemasangan pelamin. Selain itu juga, dua orang lagi jurumakeup merupakan sahabat kaku Nina.
Juruphoto pun ada dua orang sahaja. Seorang daripadanya kini ialah Taufiq. Sejak  dua bulan lepas dia di perkenalkan dan menjadi sebahagian pekerja di butik ini, hanya tiga kali je aku jumpa dia. Kami sekadar senyum sahaja. Habis nak buat apa lagikan.

Encik tunang!?

Oh dah balik Malaysia dah, balik awal pula dari tarikhnya...
Ceh kalau hari tu sabar sikit kan ok. Lima bulan je lepas aku konvo.
Poyo betul Ilham tu.
Alasan konon takut orang lain meminang aku. Apa da!!!

Tapi..
Tapikan..
Tapikan..

Dia duuk Johor sanalah tu ah. Ambil alih semula cafe dan academy dia.

Rindu?

Oh tak lah,
Takkan nak rindu bagai pula!
Apa barang main rindu-rindukan!

Ok..

Tipu!

Sebab..

Aku baru ke jumpa di semalam.
Heheheheheh...

Masa dia nak balik, drama air mata pula. Pastu apa lagi kena ejeklahkan.

Ah peduli apa aku. Walaupun malu setaman.

Diam tak diam sebenarnya keluarga aku dah start buat persiapan dan persediaan untuk kami.

Sebabnya, yelah lagi 7 bulan papa dan mama Ilham pulang ke Malaysia. Mama Ilham ada bagitahu ibu, kalau boleh dalam tiga atau empat bulan dia pulang Malaysia, terus nak majlis.

Kata mamanya, Ilham yang nak cepat. Bila aku tanya Ilham, dia cakap mama dia tak sabar nak terima menantu.

Ya ya je mereka ni.

Ah tak kisahlah. Bila pun tarikh nikah dan majlis kami. Aku tak kisah sebenarnya walaupun kadang-kadang terfikir juga,

Bersedia ke aku untuk pikul tanggungjawab sebagai isteri?
Bersediakah aku untuk meninggalkan keluarga aku yang selama ini aku hanya ada mereka?
Bersediakah aku nak menyerahkan seluruh kasih sayang,cinta dan taat setia aku pada seorang lelaki bernama Ilham Zayyan?

Bersediakah aku?

Oh pening!

Tapi kata kak Syifa dan kak Qhayra, masa ni memang kita rasa segala serba serbi tak bersedia. Boleh ke itu, boleh ke ini. Tapi bila saat kita dah di serahkan keluarga kita pada seorang lelaki bernama suami, secara autamatik, kita akan menjalani tanggunjawab itu tanpa kita sedar.

Entah betul entah tak diorang ni. Ke nak sedapkan hati aku je!? Bukan boleh percaya kak ipar aku dua orang ni. Kadang-kadang boleh tahan kepala nak sakat aku.

Tu brlum bab dalam kelambu. Nak je aku baling pinggan dan cawan. Masa macam ni lah nak turun ilmu bagai. Lagi tak boleh bla, mak Yam join sekaki. Mak Yam ni pun boleh tahan blur kadang-kadang tu. Lurus je layan ayat ngok ngek kak ipar aku dua orang tu.

Last-last aku cakap.

Apa-apa jelah.

******

"Oh ya kak Nina...ok ok... Shee datang sekarang." Aku meletakkan phone dan terus menuju ke hadapan.

SHEE ITU AKU!Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang