Hampir selesai juga aku mengemas bilik aku. Esok dah start pendaftaran. Aku mengambil bilik dibahagian atas belakang dan Warda di bilik bawah. Hana dan Gee di bilik utama. Punyalah gamat semalam bila kami berjumpa semula. Semalam macam biasa keseluruh ahlivkeluarga aku hantar. Kereta aku abang Amsyar yang bawa sehingga kemari. Abang Asyraf membawa Alphad. Selesai mengeluarkan barang-barang dari kereta .aku dan ahli keluargaku pergi membeli belah barang keperluan untuk aku di rumah sewa. Ibu dengan senang hati sponsar kami peti ais, mesin basuh dan dapur. Suka gila bebudak tu bila mana mereka sampai tengok kelengkap dalam rumah tersedia. Bertambah pula bilik aku ibu belikan katil bujang dan dresser untuk kemudahan aku.
Sempat mereka perli aku
"Best betul jadi orang kaya macam kau ya!"
"Yang kaya keluarga aku ,bukan aku."
"Tapi aku puji kau Shee kau tak kisah berkawan dengan kitaorang yang tak ada-ada ni."
"Tak payah nak ada-ada sangatlah. Mengada!"
Ketawa mereka bergabung.
"Betulah. Tak macam si mata ponti dalam kelas kita tu. Mentang-mentang anak orang kaya berlagak tak hengat. Nk kawan dengan setaraf je.
Entah-entah golongan biasa-biasa tapi berlagak melangit" Warda mencebik.
Aku tahu , Elena yang Warda maksudkan. Aku pun tak gemar sikap dia yang suka mengarah. Tapi yang tak boleh bla yang lagi dua ekor tu boleh ikut bontot dia je. Kena marah pun tak kisah. Kalau aku baik tak payah ada kawan mcm tu. Aku memang tak pernah tegur diaorang dari awal. Yalah awal2 masa sesi suai kenal dalam kelas pun pandang menjeling. Pelik!!!
" biarlah mereka. Yang penting kita tak kacau mereka."
Hana dan Warda mengangguk serentak.
"Wahhh bestnya Shee kau bawa kereta. Boleh kami tumpang kau pergi kelas" Warda seperti biasa dengan mulut kecohnya.
.
"Yalah. Takkan aku nak tinggalkan korang pula."
Hana dan Warda ber hi-5 sesama mereka. Aku tergelak. Macam-macam diorang. Kesian juga pada Gee tapi nasib dia bawa motornya. Taklah risau sangat kalau dia pergi ke kelas sendirian nanti.
Di sebelah kanan aku rumah yang di jadikan Homestay. Sebelah kiri aku pula jiran yang paling tak disangka. Dua sotong budak kelas aku tu dan 3 lagi rakan sejenis mereka. Warda cakap macam kekwat semua yang dalam rumah. Warda tegur buat tak endah.
Hana pula beri pendapat buat kami nak meletup perut gelak.
"Ala wei... Kita ni perempuam tulen. Cantik yang asli. Tak perlukan cocok mencocok. Suara pun tak payah kepit-kepit dan yang penting original vergina ok. !"
Ketawa semua hingga berair mata masing- masing....
Macam-macam budak ni. Lantaklah....
*******
Seawal pagi kami dah bersiap untuk pergi ke kelas. Best betul tak payah berebut mandi macam di hostel. Kami malas nak lewat- lewat nanti lambat mendaftar. Selepas pergi kelas nanti kami bercadang nak pergi ke pasar yang berhampiran. Nak beli bahan. Terujunya aku nak memasak. Aku nak bagi Aidil rasa air tangan aku.
Sebut nama Aidil, sejak dari balik sini, aku belum berjumpanya. Katanya dia sampai jam 8 malam tadi dan Ahli keluarganya pulang tengah malam. Jadi kami tak berkesempatan untuk berjumpa lagi. Rindu sangat pada yang tercinta.
Tak apalah. Banyak hari aku boleh bersabar inikan pula beberapa waktu je nak jumpa. Harap malam ni kami bertemulah.
Bagus betul mereka berdua ni. Dengan mudah mereka uruskan membeli barang. Aku cuma tolong tolak troli je.
Aku dengan tanpa rasa bersalah mengaku sahaja pada mereka berdua yang aku tak pandai kat dapur tapi aku sedang belajar.
ANDA SEDANG MEMBACA
SHEE ITU AKU!
RomansaIni kisah aku. Aku Sheena Batrisya. Aku nak jadi Fashion Designer. Dan sekarang aku merupakan pelajar bidang Fashion and Design. Ada kisah buat aku terlibat dalam dunia modeling. Kisah biasa-biasa tapi akhirnya jadi luar biasa. *********** Hidup ak...
