SHEE ITU AKU!-55-

2.4K 91 23
                                    

"Adik..."

"Dik..."

Sayup-sayup aku dengar panggilan itu. Mataku yang terasa berat dan masih basah cuba aku buka perlahan-lahan.

"Dik..." Terdengar panggilan itu begitu rapat di telinga kiri aku.

"Abang...." Aku cuba membalas panggilan abang Asyraf walaupun terasa perit tekak ini.

"Shhhhh... Adik rehat sayang.. Abang minta maaf ya."

Aku sekadar mengangguk. Terlalu letih badan ini.  Mataku kembali pejam dan terasa selimut di tarik naik hingga ke dadaku. Dua kali dahiku di kucup dan di usap. Aku yakin itu kucupan dari kedua abang aku.

Beberapa saat kemudian telingaku tertangkap dengan bunyi daun pintu ditutup.

************

Entah berapa lama aku lena. Aku kini tersedar dan aku duduk bersandar di kepala katil. Kepala aku lentok kiri kanan. Setelah rasa diri ini selesa, aku cuba turun dari katil. Tekak yang terasa haus membuatkan aku mahu turun dari katil untuk keluar mengambil minuman.Mula terasa juga berbayang sekejap. Aku bersandar seketika di dinding dengan mata terpejam. Beberapa saat kemudian terasa segalanya kembali baik. Mataku buka  dan aku kembali berdiri tegak. Aku melangkah ke pintu. Tombol pintu aku buka perlahan dan sayup-sayup aku dengar suara orang berbual. Tidak jadi meneruskan langkah, aku ingin kembali tutup pintu tetapi bual bicara mereka kedengaran. Aku memasang telinga dan mendengar dengan teliti.

"Selalu ke Sheena kena?"

" dah lama dia tak kena macam tu. Dulu kerap juga. "

Abang cerita pada Ilham ke!?

"Aku dah pesan dengan kau Asyraf. Tahan amarah kau. Nasib adik tak ada apa-apa tadi!"

"Aku tahu aku salah! Tapi kalau adik berkelakuan elok, tak ada aku kasar dengan dia ,Amsyar. Kau tahu aku sayang dia macam mana"

"Kau pun patut tahu dia adik aku juga! Dah tentu aku sayang dia! Tapi kalau macam ni sikap baran kau, dari adik tak sakit terus jadi sakit. Apa nak jawab dengan ayah dan ibu. Kau nak bertanggungjawab kalau  dia kena balik!?"

"Kau ingat aku nak dia macam dulu ke ah!!?  Panas hati aku tadi Amsyar!"

" kau kena ingat juga, adik tak bersalah. Dia mangsa. Kita nak bantu dia bukan nak bebankan dia!"

"Dahlah. Kang terjaga pula Sheena tu. Daripada dah nak elok budak tu, dengar korang berbalah, sakit balik dia" 

Senyap seketika.  Aku mengintai di celah daun pintu yang terbuka sedikit. Abang Amsyar terus menyandar kepalanya di sofa manakala abang Asyraf meraup wajahnya berkali-kali. Ilham kelihatan tenang tetapi encik Fahim sudah tidak kelihatan.

"Sorry kalau apa aku cakap ni buat kau berdua tak selesa. Tapi bagi aku korang berdua terlalu keras dengan Sheena. Dia masih muda. Dia belum kenal dunia luar ni sebenar. Cara korang yang terlalu tegad dengan dia buat dia jadi takut nak berterus terang dengan kau" Ilham bersuara. Ayat yang di tuturkannya agak menyentakkan aku juga.

"Aku bukan nak campur urusan keluarga kau. Tapi cara kau berdua tak sesuai untuk dia. Hati perempuan lembut lagi-lagi aku tengok Sheena gadis manja dan dia juga gadis polos." Ilham menyambung.

Gadis manja dan polos dia cakap aku. Cishhh apek ni!!

"Kau tak faham Ham."

"Ya mungkin aku tak faham tapi kau rasa tindakkan kau kasari dia tu betul ke?"

Abang Asyraf menggeleng kepala dan wajahnya di raup dengan kedua tapak tangannya.

"Aku tak nak dia alami panic attack lagi. Kau tak kenal dia Ham"

SHEE ITU AKU!Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang