Dua bulan kemudian...
Tak pasal-pasal aku kena jadi pom pom girl. Cish!!!
Boleh diorang ni senyap-senyap join pertandingan memasak anjuran jabatan hospitaliti yang melibatkan student cost catering. Aku yang blur. Entah bila mereka daftar pun aku tak tahu.
Oh yang aku maksudkan si Hana dan Warda.
Memang mereka berdua ni kalau bab dapur, bergabung meletop! Tapi di heretnya aku untuk jadi tukang sorak pagi-pagi buta ni. Kalau aku duk rumah ni lagi aman. Tak mengadap assignment, aku boleh sambung tidur. Ni dah terpacak dekat sini sebab di paksa mereka berdua. Sebab kawan, kalau tak tak ada makna nak arah-arahkan aku ni ah..memang tak layan."Uiiitt ramai wei..20 team yang bertanding bahagian masak ni. 20 team lagi akan bertanding hiasan kek tapi diorang sesi petang"
Aku menutup mulut yang ternganga akibat menguap.
"Wei... Bila korang nak start ni. Dah 15 minit aku tunggu" aku tanyang muka bosan.
"Aku ketuk juga minah ni.. kau punya mengeluh 15 minit tu macam 15 jam dah terpacak sini. Relax la. Bukan panas kat padang pun ni kat Galerry kot. Ada kipas siap bagai ah. Jup lagi mula la.. Cuba sokong kami sikit. Tengok muka kau macam ni bukan potensi menang. Potensi jahanam!" Warda membebel. Aku mencebik.
Aku memerhati keliling.ramai juga penonton. Dengar cerita Warda dan Hana tadi, sesiapa sahaja boleh join pertandingan ini, siapa cepat dia dapat dan hadiah lumayan juga. Tempat ke tiga rm200. Tempat kedua rm 400 dan juara rm 600. Patutlah bersungguh bebudak ni semalam.
Pengumuman dari pengacara meminta semua peserta memasuki ke kawasan pertandingan untuk membawa bahan masakan masing-masing di meja yang disediakan. Semalam Warda dan Hana,sibuk mencari bahan. Naik bosan aku jadi driver diorang. Peserta di bekalkan rm 50 setiap satu team. Merak kena sediakan 3 hidangan dalam masa 1 jam. Dah rupa kitchen rules yang selalu bersiaran di astro 172 Diva tu.
"Sokong kami tau" Warda mengingati aku.
Ceh sokong dari sini jelah. Bukan sokong tu boleh buat perkara ajaib mana pun. Kalau aku buka mulut dan terus masakkan tu menjadi dan menang, tak ada hal punya. Ni sokong gitu je. Bertapa aku rasa buang masa. Mengedik betul diorang ni.
Tapi nasib ada jualan makanan juga kat sini. Sempatlah aku beli donut coklat tadi untuk makan.
Aku memandang arah Warda dan Hana yang sudah siap memakai apron. Warda tersenyum ke arah aku dengan isyarat mukanya..
Sokong-kami-sampai-kami-memang
Aku pula tayang muka..
Boleh- ke-macam-tak -ada-peluang.
Kedua-dua mereka mendengus. Diangkat pisau dan di tanyang konon nak hunus aku dengan pisau itu. Aku ketawa...
"Wei pompuan!!!! Sini kau rupanya bedah!" Aku menoleh. Dah mai jiran tetangga aku ni ah.
Betty dan Sally mengambil tempat di sisi aku.
Sementara yang lain duduk di sebelah Sally."Mana mak hayam dua ekor tu. Sibuk kejutkan mak bangkit tidoq. Baru nak fefiling mak dating dengan Hero Malaya.." Aku tolak badan Betty..
Mengada nak mengedik dengan aku.Pertandingan sudah bermula. Aku memerhati kesemua peserta.
Sedang aku memandang wajah seorang demi seorang, aku baru perasan wajah yang aku kenali juga turut terlibat.Mata kami bertemu dan pandangannya tajam menikam ke mata aku. Seketika kemudian pandangannya di alihkan apabila rakan teamnya menegurnya yang sedang berdiri tegak itu.
Aku juga turut melarikan pandangan dengan memandang Warda dan Hana yang beraksi.
Tapi macam biasa, mata suka lawan tuan badan. Jadinya sekarang mata aku fokus padanya.
YOU ARE READING
SHEE ITU AKU!
RomanceIni kisah aku. Aku Sheena Batrisya. Aku nak jadi Fashion Designer. Dan sekarang aku merupakan pelajar bidang Fashion and Design. Ada kisah buat aku terlibat dalam dunia modeling. Kisah biasa-biasa tapi akhirnya jadi luar biasa. *********** Hidup ak...