SHEE ITU AKU-69-

2.4K 98 23
                                    

Wah...jangan tak percaya dah sebulan lebih aku jalani latihan industri di Sweetheart Bridal Creation. Best sangat disini. Boss aku walaupun mulut bisa tapi baik sangat dan yang penting tak kedekut ilmu ok. Tanya jelah apa pada mereka berdua ni, sure mereka akan kongsikan tapi tulah telinga nak kena tahan sikit dengan lazer mulut mereka. Sweetheart Bridal Creation ni merupakan perkongsian dua sahabat iaitu abang  Jimmy dan abang Agusta. Dah 5 tahun beroperasi. Seramai 10 orang pekerja. 6 pekerja tetap dan 3 partime serta sorang lagi adalah aku praktikal. 5 pekerja terdiri dari dua tukang jahit, 2 tukang jahit manik dan seorang tukang sembat dan gosok. Seorang lagi merupakan pembantu designer merangkap melayan kerenah customers. Kalau lebih dari seorang customers hadir maka mereka yang menjahit manik akan membantu.

Syukur sangat abang Jimmy dan abang Agusta beri peluang pada aku untuk belajar selok belok bidang fesyen ini. Jadual aku telah mereka tetapkan.

2 bulan pertama aku ditugaskan menjahit manik. 3 bulan seterusnya aku di beri tugas menjahit pakaian dan sebulan lagi baru aku akan di bawa keluar mengikuti abang Jimmy dan abang Agusta bertemu pelanggan mereka yang mengunakkan khidmat untuk mereka bertemu di rumah. Sesekali ada juga di butik aku di tugaskan melayan customers. Kecut perut juga, tapi kata bos-bos aku, kita kena yakinkan diri dahulu sebelum yakinkan customers. Yang penting jangan sia-siakan peluang yang mereka berikan. Guna peluang yang ada dengan penuhkan ilmu di dada.

Gila tak seronok dapat boss macam mereka berdua. Pekerja mahir lain semuanya macam satu family, sporting sangat. Semua sudi membantu aku. Sebulan lebih ini pun dah cukup mahir aku menjahit manik pakaian pengantin. Dalam tempoh sebulan lebih ini tiga pasang baju aku berjaya siapkan menjahit manik tanpa di bantu. Bangga diri seketika. Tak sabar tunggu bulan berikutnya, aku nak belajar menjahit pula.

Hana dan Warda jeles dengan tempat praktikal aku. Kata mereka, mereka kurang di beri pendedahan seperti mana aku terima. Kemas kedai, layan pelanggan dan jahit manik baju biasa itu sahaja tugas mereka. Mereka juga tidak menerima elaun tetapi mereka menerima komisyen dari berapa ramai pelanggan mereka dapat. Aku sebaliknya. Aku menerima rm200 sebulan. Mana mereka tak jeles, rumah aku dan butik dah la dekat, kurang 1O minit dari rumah aku dan yang best elaun rm200 aku dapat. Tapi apa yang penting ilmu yang nak di pelajari tu.

**********

Pulang sahaja dari butik, aku lihat kereta abang Asyraf dan abang Amsyar sudah terparking di garaj.

Oh lupa nak cerita, kedua-dua abang aku sudah ada kehidupan masing-masing. Dah tiga bulan mereka berumah tangga dengan pilihan masing-masing. Kenduri di langsungkan serentak di rumah selepas tiga minggu majlis dirumah  pihak perempuan. Abang Asyraf terlebih dahulu bernikah dan majlis di rumah kak Shifa di buay di kampung halamannya di Kedah, manakala minggu berikutnya majlis pernikahan dan majlis pihak perempuan di langsungkan di kampung halaman kak Qhayra di Pahang. Orang jauh-jauh  kedua abang aku pilih. Mereka tak tinggal serumah dah dengan ibu dan ayah. Pada mulanya ibu nak mereka tinggal di sini tapi kedua-dua abang aku kasihankan isteri masing-masing untuk sentiasa menutup aurat di dalam rumah. Yelah masing-masing ada ipar jadi aurat nak di jaga. Akhirnya ibu akur. Tapi bukan jauh mana pun mereka tinggal. Lebih kurang 10-15 minit je dari rumah ibu ke kediaman masing-masing. Melihat kedua kakak ipar aku menjaga aurat masing-masing, terdetik juga segan dalam diri. Entah bilalah aku ni nak tutup sepenuhnya seperti mereka. Tapi sekarang, aku dah tak berpakaian pendek-pendek atau terlalu ketat.

Keluar sahaja dari perut kereta, aku mengerling jam di tangan yang kini menunjukkan jam 830 malam.Hari ini aku pulang lewat sedikit di rumah. Aku mengikut abang Jimmy , abang Agusta dan pembantu designer ke Jalan Tar. Apa lagi kalau ke Jalan Tar, of cause beli fabrik untuk pengantin. Kan aku dah cakap diorang ni sangat pemurah berkongsi ilmu.

"Assalammualaikum.."

Semua yang sedang berbual menoleh ke arh aku dan tersenyum.

Aku menyalami mereka sebelum duduk di sebelah ibu. Kepala aku lentokkan di bahu ibu.

SHEE ITU AKU!Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang