SHEE ITU AKU!-21-

2.5K 72 7
                                    

Dengan hanya berpakaian ringkas. Bodyshirt dan jenggi aku duduk di depan pintu menunggu Aidil. Minah-minah dalam rumah ni semua dah terbongkang. Bunyi motor dihadapan rumah menandakan Aidil dah sampai.

Adoiiiii Aidil. Kenapa suka goda saya. Dengan shirt tanpa lengan dan seluar pendek. Rambut yang dijatuhkan kedepan menampakkan dia
Mmmm
Mmmmm
Macam apa ya...
Nakal kot!?

Aku bangkit dan pintu kereta aku buka.

"Shee..."

Aku menoleh kearahnya.

"Saya bawa.."

Terkebil-kebil aku.. Abang Asyraf pesan jangan bagi orang lain drive kereta aku. Tapi...

Aku masih berdiri tegak di pintu kereta.

"Kenapa?" Aidil menyoalku.  

"Tak apalah saya bawa." Aku senyum.

Dahinya di kerutkan.

"Awak tak percaya saya ke.? Saya ada lesenlah"

Suara Aidil keras. Sebelum berlaku hal lain baik aku mengalah. Tak apalah. Pak we aku juga yang bawa. Akukan ada dalam kereta ni sekali.

"Ok Aidil. Ala nak manja sikit pun tak boleh. "

Aidil terkebil-kebil. Aku pula rasa nak muntah dengan ayat yang baru aku lafazkan.

Aku mengambil tempat di bahagian penumpang.

Ketika di dalam kereta, Aidil  meraih tangan aku lalu di bawa ke bibirnya. Kucupan lembut terasa di belakang tapak tanganku. Aku membiarkan sahaja aksinya itu.

Aidil memberhentikan kereta di satu tempat. Aku menjenguk kepala sesikit diluar kereta memandang sekeliling.Tasik. Ada beberapa buah kereta parking di situ juga dan kelihatan semua berpasangan. Buat apa kat sini!?

"Shee..."

Aku menoleh ke arah Aidil. Tersentak aku wajahnya begitu rapat dengan aku. Terasa nafas hampir terhenti dengan jarak wajah kami yang hampir.

"Aidil..."

"Shhhhh....."

Tangan aku di raih Adil dan di bawa kebibirnya kembali. Kucupan pada jari jemari aku.

"Saya rindu awak sayang..." Mata kami saling bertentangan. Lambat-lambat aku membalas

"Saya rindu juga..." 

Dia tersenyum...

"Shee.. Maafkan saya. Saya kat kampung terlalu sibuk. Saya bukan abaikan awak tapi saya tak boleh elak."

"Tak apa.. Kitakan dah jumpa sekarang ." balasku.

Aidil mengangguk beberapa kali.

Sejenak kami diam tanpa sebutir bicara.

"Shee.."

Aku mengangkat wajahku memandang Aidil dan tanpa sempat aku berfikirm kepalaku di tarik Aidil dan sekali lagi bibir kami bersatu....

Aidil.....
Apa pula kali ini....

Aku cuba menolak tetapi semakin kejap bibir kami bersatu.  Aku semakin lemah dengan rasa kehangatan bibirnya. Pipi aku dipegang dan ibu jarinya mengusap pipiku. Aku terus memegang kedua lenganya. Rasa mengkhayalkan menusuk seluruh tubuhku.

Akhirnya bibir aku dilepaskan. Aku menoleh  terus ke arah tingkap sisiku.

Hatiku tak mampu untuk berdengup dengan betul. Aku rasa peluh memercik ke wajahku.

"Sheena..."

Aku masih diam. Aku tak tahu macam mana nak pandang Aidil. Kenapa dia mencium aku lagi dan kenapa aku tak menolak!!

SHEE ITU AKU!Where stories live. Discover now