SHEE ITU AKU!-51-

2.7K 136 10
                                    

Selesai mengemas katil dan barang keperluan yang di beli Ilham, aku turun ke bawah. Mengingati pesan Ilham lewat malam tadi membuat aku bangkit awal untuk bersiap.

Ok aku tipu!

Memang aku ingat pesan Ilham akan hantar aku pagi-pagi tetapi yang ini sepintas lalu je aku fikir.
Aku sebenar memang tak boleh tidur memikirkan pertanyaan Ilham sebelum kami masuk ke bilik tidur masing-masing. Ok silap! Bilik tidur dia dan bilik tidur yang aku tumpang di rumah dia. Otak aku berselirat memikirkan soalan dia.

Hubungan dengan encik Fahim dan Encik Fahim ada cakap apa-apa pada aku.

Kalau ikut kecerdikkan aku, mestilah aku fikir maksud Ilham tu couple. Lebih tepat lagi dia maksudkan encik Fahim melamar aku jadi teman wanita dia. Yalah biasa drama kat tv macam tu. Lelaki bawa pergi dinner lepas tu melamar wanita. Tak jadi kekasih, jadi isteri.. Tapi itu drama. Ini realiti hidup aku.

Tapi kalau betullah encik Fahim nak aku jadi teman wanita dia, apa jawapan aku masa tu ye!?
Kalau tanya perasaan aku pula.. Aku tiada jawapan. Kalau tanya suka, ya aku suka. Masih bergetar juga jiwa aku ketika bersama en Fahim. Cinta? Aku tak pasti.

Apa yang aku pasti, hati dan perasaan aku ini walaupun aku terpaksa menafikan  tetapi aku masih cintakan Aidil. Itu perkara yang aku tak mampu menipu diri sendiri. Aku terlalu cinta dia cuma keadaan aku dan dia buat aku terpaksa melupakan dia. Walaupun percintaan tu mungkin singkat atau orang nak labelkan cinta monyet, tapi aku yakin dengan perasaan aku ini. Aku memang cintakan dia. Terlalu cinta sehingga ada masa aku sendiri menjadi stress terhadap perasaan ini. Jika tidak fikir akan datang punya balasan, aku memang setuju sangat dia menceraikan Rania dan aku akan kembali kepadanya. Aku bukan pemusnah kaun sendiri dan bahagiakah aku jika aku menghancurkan perasaan  kaum sejenis. Tidak aku tidak sekejam itu. Jika itu berlaku, aku percaya kedua abang aku akan bertindak luae alam dan silap hari bulan ibu dan ayah akan buang aku dari sahsiah keluarga kami. Yang penting itu bukan sikap aku.

Aku menuruni anak tangga. Aku terus ke ruang dapur tatkala terdengar bunyi air pdari pili di buka.

Terjongket kening aku melihat pemandangan di hadapan aku. Aki ingat kak Iryani tetapi Ilham. Dia masih tidak sedar akan kehadiran aku. Aaat dia berpaling, terus mulut aku berbentuk 0. Comelnya.....

Serius aku nampak sisi Ilham yang comel. Dengan apron putih bermotifkan sayur tomato kartun.

"Morning.." Aku terus pusing ke belakang tatkala suara kak Iryani kedengaran. Ilham mengangkat wajahnya memandang aku seperti terkejut melihat aku sudah berada disini sebelum matanya beralih memandang ke arah kak Iryani.

"Jom Sheena breakfast." Perlawa kak Iryani yang telah duduk di mini meja bar.

Aku tersenyum saat punggung di labuhkan di sisi kak Iryani. Ilham masih ligat dan lincah lengan dia menyediakan makanan. Aku memerhati tingkahnya. Nampak begitu teliti.

"Ilham memang pakar bab dapur ni, kalau akak..fuh surrender... Tak minat!" Luah kak Iryani. Ok satu info baru yang aku boleh tambah dalam catatan aku untuk mengenali Ilham.

Ilham tidak mempedulikan kami. Dia lebih memfokus  pada tugasnya.

"Pernah makan di ...."

"Iryani, cuba kau ambil pinggan tu. Dari mulut kau terus membebel." Celah Ilham.

"Biar saya ambil" jawab aku.  Aku mahu bangkit dari kerusi tetapi di tegah kak Iryani.

"Tak payah Shee. Biar akak je ambil. Ada orang tu tak suka ada kesilapan di atas meja makan. Tak pasal kita dengar ada orang membebel pagi-pagi ni." Ilham menoleh sekilas menjeling kak Iryani. Kak Iryani sekadar ketawa. Aku blur.

SHEE ITU AKU!Where stories live. Discover now