Percayalah sekarang ini, aku betul-betul tak senang duduk dalam kereta ni. Kebisuan mereka berdua menambahkan lagi kegusaran di hati aku. Jika di senaraikan apa yang bermain di fikiran aku kini, aku yakin sepuluh helai kertas pun masih belum cukup untuk aku karangkan.
Bukan aku tak tanya tadi tetapi arahan pula yang di beri.
"Abang kenapa datang sini?"
"Adik esok kelas petangkan?" Soalan aku tak jawab tapi soalan lain pula di tanya.
"Ha ah" jawab aku. Mereka pasti tahu jadual kelas aku sebab memang aku ada kongsikan pada mereka jadual kelas aku sepanjang seminggu bagi memudahkan ahli keluarga untuk menelefonku setiap hari.
"Ok pergi ambil sepansang dua baju. Ikut kami."
"Kemana?" Soal aku pelik.
"Cepat! Tak payah banyak tanya!!" Suara abang Asyraf tetiba meninggi. Aku tersentak tapi akur juga masuk kedalam rumah sewa dan membungkus dua pasng baju dan mencapai kelengkapan madian lalu di masukkan ke dalam beg aku.
********
Nak mulakan perbualan, aku tengok mereka tiada tanda nak berbual. Tapi aku tak suka melihat kebisuan mereka. Hati aku tak tenteram.
Bukan diorang ni pergi Australia ke!?. Kata pergi attend wedding bekas rakan sekolah mereka yang berkhawin dengan rakyat sana. Nak bercuti sekali kononnya. Jadi mereka putuskan dua minggu untuk berada di sana. Tapi aku rasa belum cukup dua minggu lagi mereka pergi,tup tup muncul depan aku sekarang ni. Yang lagi pelik naik kereta abang Amsyar. Sah-sah mereka balik rumah dulu ni. Tapi kenapa mesti datang sini secara tiba-tiba.?
Takkan mereka tahu hal aku!?
Ish..janganlah..simpang malaikat 44.
Jahanam aku!!!
Kalau mereka tahu hal satu itu,siapa pula buat report? Mak cik dua ekor tu ke? Ish.. Tak tenteram aku rasa. Terus aku mencapai phone dan menghantar masej melalui watsup kepada mereka.
Tapi kebiasaannya kalau hal negatif ni, abang Asyraf terus serang aku je. Ni tak pula. Boleh pula dia peluk aku cuma pelukkannya terlalu erat.
Adoi..makin runsing aku!!!
Mata aku masih melilau pandang keluar tingkap. Mana mereka nak pergi ni. Ish!!! Tak puas hati tapi nak tanya aku takut.
Beberapa minit setelah hampir sejam membisu antara kami bertiga, abang Amsyar bersuara.
"Adik ok!?"
"Ah... Ok...Ok... Adik ok je." Abang Amsyar mengangguk. Abang Asyraf masih membisu.
"Kita nak kemana?" Soal aku selepas beberapa minit kami kembali membisu.
Mereka tidak menjawab soalan aku. Walaupun dua kali aku bertanya.
Waduh....!!!
Perasaan aku semakin tidak enak gitu. Aishh..!!!
Aku membuka peti masej. Masej dari Hana aku baca.
-Taklah aku tak ada bagitahu mereka pasal kau tempoh hari. Warda pun cakap tak ada bagitahu. Aku pula risau. Kau ok tak Shee?
ANDA SEDANG MEMBACA
SHEE ITU AKU!
RomantikIni kisah aku. Aku Sheena Batrisya. Aku nak jadi Fashion Designer. Dan sekarang aku merupakan pelajar bidang Fashion and Design. Ada kisah buat aku terlibat dalam dunia modeling. Kisah biasa-biasa tapi akhirnya jadi luar biasa. *********** Hidup ak...
