SHEE ITU AKU!-31-

2.6K 88 9
                                    

Aku terlewat tiba di studio hari ini gara-gara tidur lewat untuk menyiapkan assignment. Seboleh-boleh aku siapakn  assignment aku sebelum aku ke studio.

Dari jauh aku nampak orang yang aku sedang cari. Aku masih belum berpuas hati dengan dia. Dia tidak perasan kehadiran aku. Setelah meminta maaf diatas kelewatan pada Lizzy, aku terus mengambil tempat untuk memulakan latihan. Semasa latihan secara tidak sengaja, mata aku tertacap pada si dia. Renungan matanya tiba-tiba membuat langkah aku pincang. Tak pasal-pasal Lizzy menengking aku. Hilang mood aku terus.

"Relax Shee, Lizzy memang macam tu. Period setiap hati" Aku tersenyum pada Erieqa. Dengar si Lizzy,  Habislah kau Erieqa oit.

Aku teringat sesuatu. Terus aku meminta diri dari Erieqa. Aku mencapai dompet aku dan langkah aku aturkan ke arah lelaki yang elok bersantai di sofa di hujung studio en Fahim ni. Dia tidak sedar akan kehadiran aku sehinggalah aku benar-benar berada dihadapannya.

"Awak" tegur aku.

Wajahnya diangkat dan kelihatan dia terkejut melihat aku di hadapannya. Sampul putih di tangan aku hulurkan kepadanya.

"Nah rm 500 awak. Saya tak nak terhutang budi pada awak." aku terus berkata.

Wajahnya berubah riak. Dia bangkit dan terus berlalu keluar studio. Aku terus mengikuti belakangnya. Berkali-kali aku panggil. Terpaksa,aku berlari anak untuk menghalangnya dari turun keluar.

"Awak!!!" Aku mendepa tangan aku di hadapannya. Langkahnya mati.

"Awak ni kenapa. Payah betullah. Ni ambil duit ni. Saya bayar jumlah yang awak minta. Rm 500"
Rm 500 tu sengaja aku tekankan sebutan dia.

"Mana ko rembat duit tu?!" Amboi mulut dia ni. Ada aku cilikan juga ni karang.

"Rembat apanya. Ikut sedap mulut awak je cakap ya. Saya minta ibulah ,cakap nak bayar duit orang tolong baiki kereta saya." Aku turunkan tangan  yang aku depa kan tadi. Terasa lenguh. Ingat senang ke ak dapat duit dari ibu. 1001 alasan aku bagi.

"Bila masa aku baiki kereta kau?" Soal dia dengan sinis.

"Tukar tayar tu kira baikilah juga." Aku jawab malas. Leceh betul mamat ni. Geram pula rasa.

"Simpan je duit kau. Kan aku cakap aku tolong kau je. Tak payah bayar. Kalau dah banyak sangat duit tak tahu nak buat apa, pergi derma." Berdesing telinga aku. Dia ni telan apa sampai dasyat gila sombong dia ni.

"Awak ni kenapa kasar dengan saya? Saya cakap elok-elok tapi awak menengking saya pula" aku tuturkan dengan gigi aku ketap geram melihat wajah beku dia.

Ilham masih merenung ke arah aku dan masa nilah hati nak mengedik berdebar dengan panahan matanya.

"Ambillah ni" aku cuba memujuknya dan sampul aku hulurkan semula.

Dia terus melagakan bahunya dengan aku. Nasib aku tak tergolek. Tak padan kerempeng dia ni. Bertuah punya Apek!

"Sakitlah Apek!"  Terlepas suara aku. Langkahnya terhenti terus memusing badannya dan kembali kepada aku.

"Kau panggil aku apa!?"

"Apek" selamba aku jawab. Memang apek pun. Tapi apek yang handsome. Cis masa ni juga nak nilai orang tu handsome ke tidak.!

"Siapa Apek?!"

"Awaklah apek. Takkan saya pula"  sengaja aku panaskan hati dia dengan tersenyum. Tapi aku memang tak tahan nak gelak tengok wajahnya mencuka.. Rahangnya bergerak-gerak. Nak marahlah tu. Eleh ingat aku takut. Oklah aku sebut Apek. Kalau aku panggil cicak lagi haru.

"Ambil ni!" Aku masih hulurkan sampul ini kepadanya.

Dia mendengus.

"Aku tak makan duit perempuan lagi-lagi budak sekolah macam kau!"

SHEE ITU AKU!Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang