IZZ IVY ANUAR

3K 123 82
                                        

Alhamdulillah.. SHEE ITU AKU! akhirnya menemui
TAMAT..

MENCECAH LIMA BULAN JUGA SAYA MENGAMBIL MASA UNTUK MENYIAPKAN
SHEE ITU AKU!

Dari nak buat cerita cinta remaja biasa-biasa, lepas tu konon- konon nak belitkan perasaan readers ,last2 sampai saya sendiri pun terbelit nak siapkan..

Oh my my!!!!

Sememangnya seperti awal-awal dan kedua- dua cerita  sebelum ini yang sudah completed, saya tidak merancang secara khusus jalan ceritanya. Mengikut mood, komen pembaca itu saya lakukan. Apa terlintas dan apa terfikir terus jemari menaip and publish. Itulah IZZ IVY ANUAR.

Kalau ikut kehendak asal saya lain sangat jalan cerita ni. Hailah.. Kot boleh publish, mahu saya tukarkan versi asal..hahahaha..tak pun nanti saya buat cerita baru dengan idea versi asal. Hahahaha
Oh!!! Berangan kuat!!!!

Ok... Ok...

Seperti yang saya pernah beritahu, beberapa perkara adalah kisah benar dan selebihnya adalah imaginasi saya semata-mata.

Dari awal cerita ini memang saya khususkan untuk para remaja. Kisah percintaan remaja cuma dalam versi imaginasi sayalah. Kalau ada tersama dengan kisah readers...maafkan saya dan yang penting cerita ni ORIGINAL DARI IZZ IVY ANUAR ( harap belum pernah jumpah kisah macam ni kat author lain.heheheh).
Cuma saya harap beberapa perkara dapat saya sampaikan secara langsung atau tidak terutama bagi mereka yang remaja yang membaca cerita SHEE ITU AKU!.

ANTARA YANG SAYA CUBA SAMPAIKAN. JIKA TIDAK PERASAN MEH HAKAK JELASKAN YA SAYANG...

√Jangan mudah terpengaruh dengan ungkapan cinta dan sayang.( baik lelaki mahupun perempuan)

√Jangan mudah menyerahkan diri kita secara langsung atau tidak. Mula pegang tangan, kemudian peluk, cium dan akhirnya terjadi lebih.
( oh itu bukan budaya kita sayang)

tak ada istilah cinta dan sayang dengan cara menyentuh atau menyerah tubuh. ( boleh lihat di awal perkenalan Aidil dan Shee. Shee mudah terpengaruh dengan ungkapan cinta sedangkan itu bukan yang sepatutnya. Konon ciuman itu tanda kasih sayang. Sila tumbuk wajah pasangan anda jika dia lakukan begitu)

SHEE ITU AKU!Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang