SHEE ITU AKU!-27-

2.7K 82 7
                                    

Masuk hari ini dah 3 kali aku ikuti latihan di studio En Fahim ni. Oklah. Aku dah agak mahir.
Latihan di kendalikan oleh Lizzy. Boleh tahan suara dia. Muka cun tapi buka mulut, hambik kau aku cakap. Bernanah telinga. Nyaring!
Jahat aku.

"Next week punya show you join tak?" Erieqa menyoal aku. Yup Erieqa kini yang aku boleh berbual di sini. Yang lain sekadar senyum sahaja. Aku kan pemalu dalam versi sendiri. Erieqa yang tegur aku dulu. Dia macam ok je. Senang masuk dengan dia ni.Dia peramah dan ceria sahaja aku tengok. Umur pun tak jauh mana dari aku. 22 tahun.Aku nak panggil kakak, tak bagi pula. Katanya terasa tua pula. Ikutlah.

"Yes. En Fahim cakap I join next week."

Erieqa mengangguk dan tersenyum.

Mata aku memandang susuk tubuh yang masih setia duduk di hujung studio.

"Shee." Terkejut aku apabila Erieqa tepuk peha kiri aku.

"You ni pandang apa sampai I tanya you tak dengar?"

"You tanya apa?" Soal aku semula.

"You pandang Am ker?"

"Am?"

"Tu mamat dekat hujung sana tukan" Erieqa senyum. Cis! ketara sangat ke aku pandang mamat tu.

Aku menggeleng

"Am tu gay boy, you tak payah trylah."

"Ahh..." Kenyataan apa ni!

"Tak payah terkejut sangat. Muka memang boleh jual tapi dia tu gay boy. Tak di layan pun perempuan yang cuba dekati dia" aku terkebil-kebil. Macam tak boleh hadam je kenyataan Erieqa ni.

Aku menoleh semula ke arah lelaki yang menjadi topik aku dan Erieqa.

"Dia siapa? Dah tiga kali I datang sini dan dia ada tapi tak join latihan pun"  ya dia tak pernah aku tengok buat latihan. Datang dan lepak. Pelik!

"Dia tu model juga. Cuma bukan model runwaylah. Dia lebih pada iklan. Dia selalu datang teman Riz kemari. Tapi Riz tu bukan pasangan diasebab si Naila tu Girlfriend Riz. Cuma apa yang I tau mereka bff."

"Iklan?" Aku tak faham maksud Erieqa.

"Photoshoot dan iklan tv. You tak perasan ke wajah dia?"

Aku menggeleng dan menoleh semula ke arah lelaki itu.

"Dia banyaklah berlakon iklan tv dan gambar dia banyak dalam majalah."

"Majalah dan iklan apa? Iklan dan majalah cina ke?" Soal aku.

Erieqa mengerut dahi.

"I tak Faham"

"Mamat  tu muncul iklan atau majalah cina ke maksud I"

"Apa pula. Majalah dan Iklan melayulah si Am tu."

Aku sekadar mengangguk sahaja.

"Wait, you mesti fikir Am ni cinakan"

Aku pandang  wajah Erieqa dan aku mengangguk.

"Hey, dia melayulah. Nama dia Ilham Zayyan. Kacukan cina melayu mamat tu. Tak silap ayah dia cina n mak dia melayu. Tak berapa tahu sangat hal dia. Sebab dia suka macam tu. Buat hal sendiri. Kalau melepak pun dia banya diam.. Ni model- model sini ada gak try dia tapi dia macam tulah. Beku ais. Tak heran langsung dengan langau-langau sini. Ada juga pernah kena tengking dengan dia. I nak try pun tak jadi.Tu sebab kami anggap dia gay boy. Orang panggil dia gay boy dia buat tak kisah. Cuma sampai sekarang I tertanya-tanya. Siapalah pasangan dia tu."

Bulat mata aku. Lah aku ingatkan cina. Dengan rambut panjang dan warna gitu. Cis Melayu rupanya. Aku kembali memandang dia. Seperti mengetahui namanya di sebut dia yang leka dengan phonenya terus menoleh kearah kami. Masa ni juga aku rasa berdebar. Tapi aku tak mampu mengalihkan pandangan aku dari memandangnya.

SHEE ITU AKU!Where stories live. Discover now