SHEE ITU AKU!-4-

3.9K 133 7
                                    

"Shee aku jalan ngan kau ni dah macam jalan dengan artis tau. "

Aku berkerut dahi. Tak faham!

"Ya betul Warda. Aku setuju" Hana mengiakan kata-kata Warda. Warda merupakan rakan kelas aku juga yang dah mula rapat dengan aku dan Hana. Warda atau nama sebenarnya Mawarda tinggal di hostel sebelah tapi kemana sahaja sekarang kami pasti bertiga... Dah macam  Charlies Angel aku rasa.

"Aku tak faham!"

"Ish kau ni. Maksud aku kau ni jadi perhatian jejaka sini. Sure punyalah kalau lalu sebelah kau pasti diorang toleh semula ,tak pun ada bunyi cencorot kepala besar. " Warda bersuara.

"Aku rasa dah lebih  10 orang nak try nak nombor kau ni. Tu belum yang kira bersiul angin-angin lagi." Hana menyampuk.

Oh baru aku faham.

"Lantak dioranglah"

"Tapi serius aku cakap ni Shee, kau memang cantik sangat. Comel je muka kau tu. Muka boleh cari makan tau. Cuma yang aku hairan sekarang nikan. Punya ramai nak kenal kau, takkan tak ada satu pun kau bekenan. Pelik aku!" Warda tayang muka pelik dia pada aku.

Ada aku bekenan Warda oiit!!!! tapi nak mulakan tu malu! Ayat ni dalam hati jelaj mampu aku katakan. Kang kalau cakap kat diorang, aku lak yang geram dengan 1001 soalan mereka..

"Shee, yang mamat cute tu apa cerita beb?" Laaa ingat pula sil Hana.

Aku sekadar menjongket bahu. Yang benar dalam  hati aku ni dah berdebar.

"Mamat cute mana Hana?. Nak tengok" Warda buat muka teruja atau lebih tepat muka minta tamparan wanita aku.

"Masa tu kita belum kawan lagilah beb. Serius wei cute gilerr aku cakap. Kalau pada aku dia datang hari tu, memang masa tu juga,aku ajak dia couple" Hana ketawa dengan kata-katanya sendiri.

Sebut pasal si Aidil tu bukan aku tak ada bertembung langsung dengan dia dekat kafe. Tapi dia sekadar pandang begitu je. Macam muka orang tak ada perasaan pun ada aku tengok. Serius ke nak kenal deñgan aku. Buat aku was-was jer tau.Aku nak mulakan masej dia dahulu aku malu. Aku sebenarnya harap dia datang jumpa aku lagi dan minta nombor aku.  Tak tunggu dah,sure aku bagi.

"Wei minah termenung pula dia" terkejut aku Hana menolak bahu aku sedikit.

"Dah jom-jom cepat jalan . Dah berlenggang pula kita. Lambat  masuk kelas nanti. Kang bising pula puan Maria tu."  Hari ini  aku ada kelas sampai tengah hari je.  Hari khamiskan.

*********

"Awak"

Aku menoleh ke kanan sebab aku rasa macam panggil aku. Terkejut aku yang sedang cuci tangan di kafe. Aidil! Aku masih memandangnya.
Melihat aku tiada respon dia menyambung.

"Nak dua minggu saya,tunggu awak masej saya kenapa,tak masej.? Tak sudi ke nak kawan dengan saya"

Sudi!

" sini phone awak"

Tanpa soal dia menghulurkan phone jenama samsung miliknya.

"Pasword ni" aku menghulur semula. Dia paswordkn pula.

Dia tersenyum. " sorry"

Setelah dihulurkan semula kepada aku. Aku tanpa menunggu terus menyimpankan nombor aku dan   nama aku Shee dalam phone dia. aku kembalikan kepadanya semula.

"Saya bagi awak je. Tolong jangan bagi orang lain mahupun orang lain ambil sendiri. Pandai-pandailah jaga nombor saya. Bye"

Aku berlalu meninggalkan dia. Tak leh lama jantung aku nak pecah rasa. Nak pandang muka dia lelebih pun aku takut, comel.

SHEE ITU AKU!Where stories live. Discover now