SHEE ITU AKU!-39-

2.4K 79 3
                                    

Seronoknya aku dapat mendekati designer. Rasa menang award ok!! Encik Fahim bawa aku jumpa beberapa designer tempatan dan luar. Rata-rata mereka tidak sombong. Segan bila encik Fahim beritahu mereka aku bakal designer.

Sampai sahaja di rumah , sengaja aku tayang pada Warda dan Hana gambar yang aku ambil dengan beberapa orang designer dan artis. Biar mereka cemburu.

Hahahaha..
- kurang ajar wei!!
+  siot kau shee!!
*  hahahahaa sila makan hati secara berjemaah ok.
-  mana kau dapat tiket ni.
* adalah..
+ cakaplah! Lempang berdas kang.!!
* hahahahaha
+ wei gelak pulak!
* en Fahim bagi aku tiket..
- what!!
+ what!! Hantu kau perempuan.
*hahahahahaha
+beb, macam mana pula kau boleh pergi sana. Abang-abang kau tak kisah pula. Ke mereka pun dapat tiket?
* tak. Kali ni abang-abang aku serius sporting. Siap hantarkan dan jumpa en Fahim wei!! Aku terkejut gak tapi dah greenlight.. On jelahkan.
+ ada harapanlah si mata kelabu tu nak jadi adik ipar diorang.
* ish.. Kesitu pula kau!
- hahahahaha mana tau rezeki mamat tu.
* dahlah aku nak tidur. Penat ni.
+ dan jelah kau. Macam aku tak tahu, nak felling la tu.
*banyaklah kau. Dah night. Bye!

Phone aku mutekan. Malas nak dengar bunyi watsup masuk lagi. Kalau di layan budak dua ekor ni lain jadinya kang. Esok-esok jelah aku tengok apa menganjengkan bualkan.

Sebut mengajeng teringat aku kisah aku silap faham maksud menganjeng.

Masa tu...

"Yup dia nganjeng aku kau tahu"

Aku terkebil-kebil dengar Gee bercerita..

"Beb, jahatnya lecturer kau!!"  Gee terus menoleh ke arah aku.

"Kenapa pula?" Tiga-tiga menoleh aku.

"Dia cakap kau anjing! Apa punya lecturerlah. Kalau aku dah jawab dah. Mulut bebaik sikit. Main sebut anjing-anjing ke kita pula!"  Aku dah panas hati. Yelah suka hati sebut anjing ke orang. Walaupun dia lecturer tapi bahasa jagalah. Jangan semua student esok benci dan maki dia.

Tetiba ketiga-tiga mereka gelak kuat.

Apahal!?

"Wei Shee.. Bukan anjinglah, nganjeng.." Hana masih ketawa.

Aku tak faham. Apa beza anjing dan ngajeng. Bukan haiwan yang sama. Aku pandang wajah mereka bertiga silih ganti.

"Ngajeng tu maksudnya ejek la wei!. Orang Pahang cakap macam tu." Gee menerangkan pada aku dengan ketawa masih bersisa. 

Serius aku confused.!

"Wei Shee tak payah buat muka blur tahap level 14 kau. Maksud Gee, tadi lecturer dia mengejek dia bukan cakap dia anjing. Nganjeng. Nganjeng tu sama maksud mengejek!"

Pula!!!

Lepas dari hari tu aku pun terikut-ikut diorang sebut nganjeng..

*********

"Tengok wayang?"

"Yup! Siaplah. Dah pukul berapa ni?"

"Cerita apa?"

"Adalah"

Aku pandang wajah kedua abang aku silih berganti. Cerita apa diorang booking ni? Selalu nak pergi tengok wayang,  aku yang tetapkan cerita apa nak tengok.

"Abang...." Meleret aku sebut..

"Janam.. Janam.. Janam...." Serentak pula mereka menyebut depan aku.

Errkk cerita apa pula tu?. Mereka berdua berlalu dengan senyuman meninggalkan aku yang masih berfikir...

Sesaat..

SHEE ITU AKU!Where stories live. Discover now