SHEE ITU AKU!-7-

3.3K 106 1
                                        

Sepatutnya kami ada kelas jam 2 petang. Memandangkan ketua kelas kami memberitahu kelas batal, aku, Hana dan Warda memilih untuk tidak pulang ke hostel. Kami pergi ke perpustakaan untuk mencari sedikit maklumat assignment bagi kelas history art. Aku, Hana dan Warda satu group.

Sedang kami sibuk berbincang, Aku mengangkat wajah aku ketika terdengar sedikit keriuhan sekumpulan pelajar lelaki yang lengkap mengenakan blazer dan di belakang mereka beberapa orang pelajar perempuan yang turut mengenakan blazer baru tiba  dan mencari tempat . Mata aku tertacap pada satu susuk tubuh yang aku kenali. Kacak!

Bukan...

Sangat kacak!

Bukan... Bukan..

Terlalu kacak!

Lain benar penampilanya hari ini. Segak dengan pakaian formal dan rambut di sikat rapi. Auranya terserlah. Dada aku bagai dipalu. Mata aku bagai di gam. Aku terpukau melihat dia.
Selama ini di kafe penampilannya biasa, ringkas tapi masih memikat hati aku.Masih menggoda jiwa aku dan mampu membuat aku terpesona.

Ini pertama kali aku nampak dia di tempat lain selain kafe. Maklumlah aku jabatan lain dia jabatan lain. Nak jumpa bukan senang. Jadual kami tak sama. Bukan tak pernah dia ajak makan di kantin. Tapi aku malu. Cukuplah sekadar jumpa di Kafe untuk hilangkan perasaan rindu aku pada dia
"Hoi Shee!" Terperanjat aku bila Hana menyiku lengan aku.

"Ya.. Ya.. Apa..sorry" aku mengelabah. Ya Allah aku ni.

"Kau pandang......" Suara Hana terhenti. Aku mengangkat wajah memandang Hana. Dia pula tergamam.

"Warda... Tu la mamat comel.. Serius macho wei.. Dengan persalinan fomal macam tu. Bergaya sungguh wei."

Aku menunduk. Tak boleh tengok. Hati berdebar.

"Fuyooooooo!!!! Wei gilalah Shee. Wei kau ngan mamat ni dah couple ke. Wei nama dia apa?" Warda pula bersuara dengan aksi mengedik dia.

"Aidil."

"Woooo "

"Gaya dia weiiiii... Selera aku tengok.body fit pula tu!!"

"Ish"

"Kau suka dia tak?"

"Entah"

"Shee kau ghairah tak tengok dia sekarang? Meleh air liur aku ni Shee"

"Over!!"

"Dah couple?"

"Eh korang ni. Jauh betul menyimpang. Tak payah megarut. Aku tak couple pun"

"Ok bagus!"

Aku berkerut dahi dengan jawapan Warda.

"Apa yang bagus?" Bukan aku sorang je berkerut dahi, Hana pun nampak keliru dengan jawapan Warda.

"Baguslah ada peluang aku nak try dia. Untung aku dapat"

"Kau jangan berani dekat dengan dia!" Tanpa aku sedar amaran keras itu keluar dari mulut aku. Aku termalu sendiri dengan keterlanjuran amaran aku.

Hana dan Warda berpandangan sesama mereka dan ketawa terlepas dari mulut mereka tapi cepat-cepat mereka tutup mulut. Perpustakaan kot.

"Ohhhhh suka Aidil rupanya. Malu nak ngaku. Nasib aku tak teruskan niat aku. Sampai ngan kawan nak bagi amaran. Cool beb. Aku guraulah. Lagipun aku dah jumpa jerung idaman. Tinggal nak tarik ke darat je.

Apa punya kiasalah dia ni pakai.

Hana dan Warda masih tersenyum.

"Shee jangan lambat nanti melepas. Kau tengok berapa ramai kucing parsi dekat dengan dia tu. Belum kira lain yang memandang. "

SHEE ITU AKU!Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang