SHEE ITU AKU!-50-

2.8K 126 13
                                    

Mata aku buka perlahan-lahan. Penglihatanku masih kabur disertakan dengan denyutan di kepala masih terasa. Jariku naik menyentuh dahi. Ada sehelai kain basah di kepala. Mata yang tadi sukar di buka akhirnya terbuka luas. Persoalan demi persoalan bermain di fikiran seketika. Aku cuba bangkit. Dalam keadaan payah aku berjaya bangun dan menyandarkan tubuhku di kepala katil.

Badanku terasa lemah dan kini dapat aku rasakan bibirku kering dan tekakku perit. Aku berdehem berkali-kali. Kini mataku melilau di seluruh ruang bilik ini. Mmmm ..masih di bilik yang sama. Otakku kembali memproses untuk mengimbas kembali kejadian sebelum ini. Bertubi-tubi segala perkara yang berlaku menerjah fikiranku dan hatiku semakin sebak.

Ibu....
Ayah...
Abang Asyraf...
Abang Amsyar...

Adik rindu...
Adik sedih...
Adik takut...

Air mataku kembali  membasahi pipi ini. Aku tak mahu menangis lagi. Sudah rasa terlalu pedih mata dan hidung ini. Tapi menjadi sifatku jika ada masalah, air mata yang mengalir terlebih dahulu walaupun puas aku tahankan.

Pintu bilik di tolak perlahan dari luar. Wajahnya terpacul dan dia tersenyum. Pelik.

"Oh thanks Allah. Sedar dah pun awak." Katanya dengan senyuman terukir di bibir..

Pelik!!!

Kedua tangannya menatang sebiji dulang dan langkahnya menghampiri aku. Dulang di letakkan di atas meja di sisi kepala katil ini. Punggung di labuhkan di sebelah aku.

Tanganku di capai dan di usap perlahan. Aku sekadar memerhati tingkahnya.

Pelik kuasa dua ni!!!

"I want to apologize." Aku tidak menjawab sebaliknya hanya memandang wajahnya yang terukir senyuman yang boleh aku katakan senyuman ikhlas.

Dia menarik nafas dan menghembus perlahan-lahan sehingga terdengar keluhan berat keluar dari bibirnya.

"Ilham dah jelaskan semuanya dan akak minta maaf atas semua kata-kata kasar akak tadi. Tapi percayalah. Akak tak berniat cuma akak terkejut melihat awak ada dalam rumah adik akak."

Aku tak tahu nak jawab apa. Jadi aku diamkan diri. Matanya memandang aku.

"Akak cuma risau perkara itu berulang kembali dalam hidup Ilham."

"Perkara?" Soal aku.

Kak Iryani sekadar mengangguk kepala.

"Perkara yang buat...."

"Iryani!" Tersentak kami berdua dengan jerkahan tersebut. Wajah Ilham di muka pintu aku pandang. Wajahnya serius tetapi matanya bukan memandang aku tapi memandang kak Iryani.

Kak Iryani berpaling semula ke arah aku setelah beberapa saat mereka  berdua berpandangan. Seolah isyarat dari mata ke mata mereka lakukan. Kerana kak Iryani terus menukar topik perbualan. Aku hanya mendiamkan diri sebab aku terasa ada sesuatu yang nak di ceritakan tetapi di larang Ilham.

"By the way, akak  Iryani Ernida. Boleh panggil kak Iryani. Kakak kandung Ilham dan nama adik?" Soalan di ajukan kepada aku.

"Sheen Batrisya. Akak panggil Shee je cukup" aku ukir senyuman sebangai membalas senyuman yang di berikan.

"Akak minta maaf pasal tadi ya" terus tubuhku di tarik dan di peluknya. Tergamam aku seketika. Hiba hati.

Pelukkan dilepaskan.

"Sheena.." Ilham menghampiri kami.

Paper bag di hulurkan. Aku memandang wajahnya.

"Baju untuk kau."

SHEE ITU AKU!Where stories live. Discover now