SHEE ITU AKU!-61-

2.5K 103 7
                                    

"Apa!!? Bu..bu..bunuh diri?" Terjerit aku mendengar penjelasan Ilham. Tangan naik urut dada sendiri. Terkejut aku.

Ilham hanya memandang lurus tanpa riak.

"Kenap Mikaiel buat macam tu?" Soal aku lagi sekali dengan kepala di geleng berkali-kali.

"Aku pun tak tahu. Aku dengan Fahim terkejut dengar penjelasan polis tadi."

Terus jari jemari mengurut dahi sendiri. Kenapa Mikaiel bunuh diri!? Singkatnya pemikiran dia. Sampai bunuh diri. Tapi kenapa?

"Awak... Kenapa Mikaiel bunuh diri?" Soal aku lagi sekali.

Ilham menoleh ke arah aku.

"Aku hantar kau balik" aku menggeleng.

"Saya nak tahu kenapa dia bunuh dia. Saya tak nak balik!!" Aku membentak.

"Sheena aku hantar kau balik sekarang. Dah petang ni."

Aku menggeleng kepala berkali-kali. Aku tak nak balik selagi aku tak dapat jawapan.Aku nak tahu kenapa dia bunuh diri.

"Ilham..awak mesti tahu. Kenapa dia bunuh diri. Awak tadikan jumpa encik Fahim. Takkan encik Fahim tak tahu. Ilham cakaplah"

Ilham mendengus kasar.

"Kau ni kenapa Sheena. Manalah aku dan Fahim tahu kenapa dia bunuh diri. Dari lepas kejadian dengan kau tu, aku dengan Fahim puas cari dia. Tak jumpa. Alih ni polis jumpa dia mati dalam apartment dia sendiri.!!" Terkejut aku dengan jerkahan Ilham. Terus sahaja aku menunduk.

"Apartment?."

"Ya Sheena. Aku dan Fahim dah cari dia tak jumpa. Kami ingat dia pergi keluar negara sebab dia lari lepas kejadian tempoh hari tapi ternyata kami silap. Rupanya dia ada di Malaysia lagi. Dan lebih mengejutkan dia mati dalam Aparment dia sendiri. Polis bagitahu dah semalaman mayat dia di dalam rumah."

"Si..siapa yang jumpa?" Soal aku.

"Tukang cuci rumah dia. pagi tadi diorng jumpa." Ilham menunduk. Wajahnya di raup berkali-kali.

Aku tak mampu berfikir lagi. Entah kenapa kematian Mikaiel seperti mimpi aku rasa. Terus sahaja aku termenung.

"Aku hantar kau balik sekarang" aku mengangkat wajah memandang Ilham. Tanpa menunggu jawapan aku, Ilham terus menarik tangan aku dan mencapai beg aku. Terus sahaja menarik aku keluar dari rumahnya. Pintu rumah di tutup dan terus aku di bawa ke kereta aku. Pintu penumpang di buka dan aku di tolak masuk ke dalam perut kereta. Aku hanya memandang Ilham yang mengambil tempat di tempat pemanduan. Sukar untuk aku tafsirkan apa yang sedang bermain di kotak fikiran aku ini.

Entah bila masa kereta aku bergerak pun aku tak  sedar. Aku memejamkan mata dan kepala aku sandar. Cuba mententeramkan diri sendiri.

"Ilham..." Aku membuka mata dan  menoleh ke arahnya.

"Ya Sheena.." Lembut suaranya menyahut panggilanku.

"Saya memang benci Mikaiel tapi saya tak terfikir sampai dia mati. Maksud saya, saya...mmm"

"Aku faham maksud kau. Ajal maut semuakan Allah dah tetapkan. Apapun kita kena terima dengan redha."

"Ilham.." Sekali lagi aku mnyeru namanya.

"Ya..kau cakap Sheena, aku dengar.." Matanya masih fokus pada pemanduan.

"Hati saya...saya rasa... Saya..." Susah untuk aku gambarkan hati aku sekarang. Walaupun aku benci tapi aku masih mempunyai hati dan perasaan lagi. Aku masih rasa kehilangan walaupun aku tahu dia dah buat sesuatu yang tak patut dia lakukan.

SHEE ITU AKU!Where stories live. Discover now