Ini kisah aku.
Aku Sheena Batrisya.
Aku nak jadi Fashion Designer.
Dan sekarang aku merupakan pelajar bidang Fashion and Design.
Ada kisah buat aku terlibat dalam dunia modeling.
Kisah biasa-biasa tapi akhirnya jadi luar biasa.
***********
Hidup ak...
Dari jauh aku melihat abang Jimmy membebel dengan tangan terangkat-angkat. Bising ya rabbi. Apa ke hal la mereka. Aku dan pekerja lain berpandangan. Sah masalah besar berlaku ni.
"Kenapa tu?" Soal Lili kepada Janna.
"Mengamuklah..apa lagi.." Aku hanya memasang telinga mendengar perbualan mereka.
"Aku tahulah tengah mengamuk tapi pasal apa!?"
"Pasal model cancel last minutes tak jadi datang. Tu yang mengamuk. Cameraman dah ada tu tapi model tak ada. Mahu tak angin orang tua tu"
"Photoshoot untuk apa tu?" Soal aku. Kedua mereka menoleh ke arah aku.
"Untuk hantar pada pihak penganjur tak silap akak. Abang Jimmy dapat jemputan untuk mengikuti pertandingan butik pengantin dua bulan lagi."
Aku mengangguk. Tetiba aku rasa nak hulurkan bantuan. Aku ke depan.
"Errkk..abang Jimmy"
"Apo!!! Masa ni kau nak panggil aku!! Nak apa!?" Terkejut aku di jerkah begitu. Semua memandang ke arah aku.
"Mmm... kalau saya gantikan model yang tak jadi datang tu?"
Abang Jimmy dan abang Agusta berpandangan sesama mereka sebelum kembali menoleh ka arah aku..
"Kau reti ka?"
"Saya pernah kerja di F.I agensi modeling di Johor dulu."
"Kenapa kau tak cakap awal-awal!! Tak adalah aku membebel macam ayam tercekik kapur ni ah."
"La.. Ni saya cakaplah ni" semua ketawa.
Akhirnya akulah model bidan terjun. Photoshoot di adakan di dalam butik sahaja. Wah macam pasar borong aku rasa. Naik pening juga dengan kedua boss aku ni. Gaya itu,gaya ini. Itu boleh ini tak boleh. Itu sesuai itu tak. Dah bila tak sependapat, dia bertekak sesama dia. Kesudahnya photshoot sejam dah jadi tiga jam. Korang rasa tak macam mana aku rasa!?
Fuh..
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Semenjak aku menawarkan diri menjadi model bidan terjun tu, kerap pula tiga bulan sebelum tamat latihan industri ni, aku di tawarkan photoshoot untuk butik. Abang Jimmy lah nak aku jadi model yang menyarung busana rekaanya untuk beberapa buah majalah. Sabar jelah. Tapi sebenar aku seronok. Lagi syok dapat bekerja dengan mereka yang berpengalaman.
Pengalaman beginilah sangat berharga untuk orang seperti aku. Pengalaman tak dapat di jual beli.
**************
Sepanjang 10 bulan di rumah ibu, iatu cuti sem dan sesi latihan industri ini, hidup terasa aman dan tenteram. Selama 10 bulan inilah juga aku berjaya melupan kisah Mikaiel dan Erieqa. Ada juga aku dengar abang Asyraf dan Amsyar berbual dengan ibu soal itu. Dengar kata polis masih menyiasat hal tersebut. Entahlah. Aku kalau boleh dah tak nak ingat langsung perkara yang membawa aku hampir tergadai maruah dan nyawa. Harap pulang kembali belajar yang tiggal dua sem ini memberi sinar kepada aku.