SHEE ITU AKU!-36-

2.7K 78 2
                                    

Seminggu dah aku di rumah ibu. Seminggu yang penuh kemalasan. Tidur sahaja kerja aku. Ganti hutang tidur ketika sem 2. Perkara biasa bagi seorang yang bergelar pelajar. Habis exam dan final project sem sure punyalah qadak tidur masing-masing.

Hari ini aku mood dengan begitu rajin bangkit tidur seawal 5 pagi. Malam tadi aku dah khabarkan pada Mak Yam pagi ini aku akan sediakan sarapan. Berkerut wajah mak Yam. Tak percayalah tu puteri en Firdaus nak turun ke dapur menyediakan sarapan.

Sebelum tidur aku dah tengok bahan-bahan untuk masak nasi lemak cukup atau tidak. Alhamdulillah semuanya ada dalam simpanan.

Aku belajar masak nasi lemak ni dari Gee. Sambal pula dari Sally. Jangan tak percaya jiran sebelah rumah sewa aku tu semua kaki turun dapur. Masakkan mereka memang sedap. Biasalah hidup berjiran ni. Selalu bertukar juadah. Aku suka masakkan mereka. Lagipun mereka semua pembersih. Jadi aku tak rasa geli nak menjamah hidangan yang di sediakan. Macam mana aku tahu mereka ni rajin masak dan pembersih?. Bahan basah mereka tumpang di rumah aku. Jadi bahan-bahan tu di simpan dalam bekas. Kemas dan bersih setiap kali mereka menumpang peti ais. Yang bagusnya mereka ni duit bil elektrik mereka akan bagi rm 15 kepada kami sebagai bayaran mereka tumpang bahan basah di peti ais. Pada mulanya aku tak mahu dan menolak. Peti ais tukan ibu yang beri jadi aku rasa tak selesa nak ambil bayaran dari mereka.. Aku mana reti ambil duit orang. Tapi bila di desak, aku terima juga. Jadi, aku jadikan duit tu tambahan dalam bil rumah kami setiap bulan. Adil.

Berpeluh-peluh aku menyediakan nasi lemak, sambal tumis dan aku goreng ayam. Mak Yam berkali-kali mahu membantu aku. Aku menegah. Aku nak hari ini semua merasa air tangan aku biar pun tak sedap. Aku akan paksa semua makan sampai licin!

Tepat jam 700 pagi siap semua masak dan aku hidangkan di atas meja makan. Aku bergegas naik ke bilik untuk mandi sebelum sarapan bersama ahli keluargaku.

20 minit kemudian aku turun.

"Serius ke Mak Yam?" Abang Amsyar bersuara.

"Yelah..takkan mak Yam nak tipu kamu. Adik yang sediakan semua ni." Mak Yam tersenyum kepada aku.

"Kenapa semua? Tak percaya adik masak ke?" Aku menyoal sambil menarik kerusi meja makan dan melaburkan punggung di situ.

"Yalah, mimpi apa kau dik?" Abang Amsyar bertanya.

"Mimpi apa pula.?" Aku menyoal semula. Nak kenakan akulah tu!

"Dah-dah makan. Ayah tak sabar nak rasa masakan anak ayah ni." Aku tersenyum pada ayah. Ayah selalu bijak menjaga hati aku.

Berdebar sebenar nak tunggu respon mereka ni.

Tapi....

Tak ada respon pun.. Mereka makan tanpa mempedulikan aku yang sedang menunggu kata dua dari mereka. Ini menyebabkan aku hilang sabar.

"Tak komen pun. Sedap ke tak? " semua mata terarah kepada aku.

"Kena komen ke?" Ish geram pula aku.

"Kenalah! Adik nak tahu ok ke tak?" Aku dah muncung.

Beberapa saat letusan ketawa dari mereka kedengaran. Apa yang kelakarnya.

"Sayang ibu, sedap adik masak. Kami diam ni sebab kami sedang menikmati. Pandai adik masak"

Serius!

Macam tak percaya je. Aku pandang ayah, ayah mengangguk.

Aku pandang abang Asyraf dan abang Amsyar. Mereka berdua senyum.

"Adik belajar masak dengan siapa?" Ibu bertanya.

Aku pun ceritakan dengan penuh teruja. Siapa sifu-sifu aku.

SHEE ITU AKU!Where stories live. Discover now