" jom makan wei..lapar kot" aku melihat jam. Kul 1100pg.
Kami sama-sama beriringan menuju ke kantin.
Alang-alang dah 1100pg ni, aku terus memilih makanan berat untuk dijamu. Tak payah tengahri nanti makan lagi. Selesai membuat bayaran kami mencari tempat kosong untuk diduduki. Waktu begini memang ramai di kantin.Sambil makan kami berbual-bual tentang subject untuk kelas Fundamental art and design. Kelas akan bermula jam 2 petang.
"Assalmualaikum" serentak kami menoleh kearah suara disebelah aku.
"Waalaikummussalam."
"Hai dik"
"Hai"
Ada dua orang perempuan di sebelah aku. Aku memandang mereka berdua silih berganti. Siapa?
"Boleh akak cakap dengan awak sekejap" matanya memandang kearah aku.
"Saya? " aku menyoalnya semula. Dia mengangguk dan tersenyum. Kerusi di sebelah aku di tarik dan dia melabuhkan duduknya. Rakannya hanya berdiri. Aku masih dalam keadaan terpinga-pinga.
"Adik jangan pandang akak macam tu" dia tergelak kecil.
"Sorry"
" Adik jabatan mana?" Seraya itu tangannya mencapai name tag aku dia atas meja. Eh!
"Oh pelajar fesyen juga ni. Bagus" matanya memandang ke arah rakannya yang masih berdiri. Aku memandang Warda dan Hana yang berada di hadapan aku. Mereka berdua pun kelihatan macam sama je dengan aku terpinga-pinga.
"Macam ni dik, kami ni pelajar tahun akhir fesyen. Akak nak ambil awak jadi model akak. Boleh?"
"Ah, tak faham. Model apa pula?"
Dia tersenyum.
"Ok akak terangkan pada adik. Sem 1 kan.?"
Aku mengangguk.
"Pelajar sem akhir ada final project iaitu fashion show. Semua pelajar akhir akan menyediakan pakaian mengikut tema yang di sediakan . Bergantung pada lecture sem itu nantilah. So kami-kami ni kena cari lelaki dan perempuan dari kalangan pelajar tak kisah dari jabatan mana pun untuk jadi kami punya model. Janji sesuai dengan tema dan syarat modellah."
Aku cuba menganalisis setiap perkataan yang keluar dari mulut akak ni.
"Jadi akak ni tengah memerhatilah. So masa awak lalu depan meja akak tadi akak nampak ketiggian awak dan ciri-ciri awak sesuai untuk jadi model akak" sambungnya lagi.
"Errk.. "
Dia tergelak dan dia mengeluarkan sekeping kertas yang mempunyai lakaran pakaian wanita dan lelaki. Cantik!
"Ni sketches akak. Tahun ni tema bangunan yang popular dari seluruh negara. Akak pilih Greece dan nanti akak terang lebih detail dengan awak. Cuma sekarang awak nak tak jadi model akak?" Dia tersenyum.
Aku memandang Warda dan Hana.
"Wei best tu Shee"
Aku menoleh semula pada kakak tadi.
"Fashion show mean kena cat walk la kan.?"
Dia mengangguk.
"Mana saya reti kak."
"Tak apa setiap malam rabu ada latihan yang dikendalikan oleh lecture. Semua yang terlibat akan di beri latihan."
"Akak ni serius ke?" Ok macam soalan bodoh pula aku tanya.
"La... Seriuslah ni apa pula tak serius"
"Yalah saya tak rasa saya layak. Macam malu je"
"Akak pandang awak berjalan tadi hati akak dah kuat yakin awak boleh bawa baju akak dengan baik. Please.... Esok adik sem 6 pun adik kena cari model juga percayalah cakap akak."

ANDA SEDANG MEMBACA
SHEE ITU AKU!
Roman d'amourIni kisah aku. Aku Sheena Batrisya. Aku nak jadi Fashion Designer. Dan sekarang aku merupakan pelajar bidang Fashion and Design. Ada kisah buat aku terlibat dalam dunia modeling. Kisah biasa-biasa tapi akhirnya jadi luar biasa. *********** Hidup ak...