Hari ini merupakan hari Fashion Show. Fashion Show diadakan di Dewan Mawar. Kami dimaklumkan Fashion Show ini dihadiri jemputan Vvip. Berdebar aku.
Terdiri daripada 30 designer dan 60 model lelaki dan perempuan serta beberapa krew. Masing-masing sibuk dengan tugasan yang telah di pertanggungjawabkan. Hana dan Warda sanggup membeli tiket dan mereka akan hadir untuk menyaksikan fashion show ini.
"Aku mestilah nak pergi. Nak usha model lelaki mana tahu ada yang boleh aku jual minyak."
"Aku pun. So kau jangan perasan sangat ya Shee yang kami pergi ni bukan nak tengok kau tapi nak cuci mata kami. Kalau tak ada model yang berkenan. Kot-kot ada VVIP yang tertoleh ke aku ke nanti"
Gatal!!!
Para designer dan model masing-masing sibuk bersiap di dalam dewan kecil yang dikhaskn untuk kami bersiap. Sekarang Jam 12 tengahari. Aku di makeupkan oleh seorang jurumakeup yang diupah khas oleh Kak Marisa. Kak Marisa pun di dandan oleh jurumakeup itu. Cantik kak Marisa. Kecil molek je dia. Suka aku tengok. Aku dan Faris semakin serasi bergandingan . Faris memberi kerjasama yang baik dan professional ketika kami berlatih. Aku selesa bekerjasama dengan dia.
"Ok semua model berkumpul ya. Designer semua boleh masuk dewan sekarang. Majlis akan mula lagi 15minit."
Suara krew yang bertugas telah memanggil. Aku bangkit segera dari kerusi dan menuju ke barisan.
"You all beratur ikut giliran masing-masing dan hati-hati dengan pakaian masing-masing." Seorang krew memberi arahan.
Ketika ini ,en Haikal muncul dan menghampiri kami.
"Ok semua tadi dah tengok pentas runway dan anda semua pun dah cuba atas pentas. Please jaga identiti kita. Buat seperti mana kita latih dulu. Model lelaki jangan lupa bantu model perempuan. Pakaian mereka berat dan sarat serta meleret. So guy, hati-hati jangan sampai terpijak kain mereka. Bantu mereka. Yang perempuan jangan tayang muka stress kamu dengan baju berkilo-kilo ni. Kesian Desgner kamu bertungkus lumus siapkan. Lagi satu buat yang terbaik. Bukan sahaja designer di nilai tapi anda juga akan dinilai dan akan mendapat hadiah serta sijil sebagai best female or male model ok. Anda semua akan dinilai oleh pemilik salah sebuah agensi model iaitu en Fahim Irfan." Panjang lebar penerangan en Haikal. Semua tu tak penting bagi aku. Yang penting sekarang aku mesti bawa baju kak Marisa ni dengan baik dan aku tak nak memalukan diri di khayalan ramai.
Malu!!!
Baju kak Marisa ini tidak seperti baju designer lain dalam kategori wedding dress yang kembang .Baju rekaannya ringkas tapi meleret dibahagian belakang. Warna putih bersih dan sedikit perhiasan berwarna gold di bahagian bahu dada dan pinggang. Yang berat adalah aksesori di kepala aku. Aksesori yang dihasilkan oleh kak Marisa sendiri. Bewarna gold juga. Faris pula dalam persalinan serba putih dilengkapi aksesori bewarna gold. Aku dan Faris seperti putera dan puteri Yunani yang akan bersanding dihari bahagia kami dalam persalinan ini.
Aku suka sangat.!!!*******
Kini giliran aku pula untuk keluar. Dengan dada yang berdebar aku berdoa semoga semuanya ok. Aku dari kanan pentas dan Faris dari kiri. Kami berjalan masuk dan bertemu di tengah-tengah point yang ditetapkan. Kami berpusing dan dengan tangan berpaut pada Lengan Faris aku mengatur langkah dengan penuh yakin. Sampai dihadapan pentas kami berhenti dan Faris ke kiri aku pula ke kanan. Aku melangkah dengan penuh berhati-hati . Mata masih fokus dihadapan. Apabila sudah pusing dua kali, aku berjalan ke kiri pentas manakala Faris ke kanan. Nasib Faris pandai mengawal laluan. Jadi tidaklah aku risau dengan laluan yang tidak besar ini ketika kami bertembung. Setelah dua kali pusing juga. Aku bertemu kembali dengan Faris di point tengah. Kami berjalan semula ke point satu dan berpisah menuju ke kiri dan kanan untuk kembali ke belakang pentas.
Lega!!!!.
Alhamdullah!!

ANDA SEDANG MEMBACA
SHEE ITU AKU!
RomanceIni kisah aku. Aku Sheena Batrisya. Aku nak jadi Fashion Designer. Dan sekarang aku merupakan pelajar bidang Fashion and Design. Ada kisah buat aku terlibat dalam dunia modeling. Kisah biasa-biasa tapi akhirnya jadi luar biasa. *********** Hidup ak...