SHEE ITU AKU!-63-

2.3K 105 29
                                        

"Erieqa.." Aku cuba memanggilnya. Tetiba dia mengukirkan senyuman.

"You masej dengan siapa?"

"Oh dengan abang I, " tipu. Takkan nak cakap dengan encik Fahim, kantoilah nanti.

Erieqa menyandarkan kepala di sit dengan mata sedikit terpejam dan bibirnya terukir senyuman. Senyuman yang sukar di tafsirkan.

Mata aku memandang phone yang berbunyi tanda masej masuk.

-on your gps. Don't go anywhere.

GPS pula.

Tak banyak bunyi, aku onkan aje. Apa-apa jelah. Macamlah aku kena culik. Dan sesudah itu phone tersebut aku masukkan dalm beg aku.
Maya kembali memandang Erieqa yang masih memejam mata dia. Ada masalah ke dia ni?

"Kenapa berhenti kat sini? Are you ok Erieqa?" Soalku lagi. Mata aku melilau memandang luar kereta.

"I ada sesuatu untuk you."serentak itu aku menoleh kearah Erieqa dan matanya di buka dan masih dengan senyuman. Tetapi senyuman dia....

"Erieqa.. Are you ok?" Soalku sekali lagi.

Erieqa tidak menjawab, sebaliknya tetiba Erieqa merapati tubuh aku dan..

"Ummm...ummmmm ummmm" aku meronta kerana tangannya yang berlapik sapu tangan menutupi mulut dan hidung aku. Puas aku cuba menolak tetapi bau dari sapu tangan itu membuatkan aku semakin pening dan mataku semakin berat.

Sesak...

Akhirnya mataku terpejam rapat.....

*******

Mata yang berat aku buka perlahan-lahan. Cahaya yang begitu terang, membuatkan mata aku sedikit pedih. Mata melilau keliling.

Aku kat mana?

Kepala yang sedikit pening aku sentuh. Dalam masa sama cuba mengingati apa yang berlaku sebelum ini. Lantas aku teringat.

Erieqa...

Aku yang mahu turun dari katil tersentak bila mana pintu bilik terbuka. Wajahnya tersenyum.

"Erieqa... Apa semua ni?" Soal aku dengan sedikit menjerit.

"Hey..relax.. Jangan menjerit. Aku belum pekaklah." Senyum sinis terukir di bibirnya.

"I nak balik!" Aku turun dari katil dan cuba melintasinya tetapi Erieqa dengan pantas menarik tangan aku dan menolak aku sehingga aku kembali terbaring di atas katil.

"Hey!!!"

Sekali lagi aku cuba bangkit. Tetapi kali ini Erieqa menghimpit tubuh aku dan mencengkam pipi aku.

"Kenapa mesti you Shee!?" Apa maksud Erieqa!?

Aku meronta dan cuba menolaknya. Kini dia berada benar-benar di atas tubuh aku. Sedikit sesak dada aku dengan perlakuannya.

"Ee..rrrii..qaaa.." Dengan sedaya upaya, aku tolak dia dan dia terjatuh dari katil. Aku bangkit dan terbatuk-batuk.

"You ni kenapa!? Gila!!!" Aku menjerit.

Erieqa bangkit dengan wajah kemerahan.

"You yang buat I jadi gila Shee..you!!!" Jarinya menunding ke arah aku. Bibirnya mengukir senyuman.

"Apa maksud you Erieqa! I tak faham."

Erieqa ketawa dan aku rasa sedikit seram dengan nada ketawanya.

"Kerana You Mikaiel mati!!"

Bulat mata aku.

Mikaiel..

SHEE ITU AKU!Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang