SHEE ITU AKU!-46-

2.3K 88 2
                                    

Perlahan-lahan aku buka mata yang  masih terasa berat lagi. Terkebil-kebil aku melihat syiling putih ini. Mata terus memandang kiri kanan.satu soalan yang bermain di kotak fikiran aku sekarang.

Aku kat mana!?

Aku bangkit dari pembaringan. Jari naik menyentuh  kepala yang masih terasa berdenyut. Jam di tangan aku lihat dan jarum jam menunjukkan angka 8. 
Selimut yang masih menutup kaki aku,aku selak dan kaki aku turunkan dari katil. Aku berdiri dan merenggangkan sedikit otot-ototku. Baru aku perasan. Aku masih memakai dress hitam yang aku keluar bersama en Fahim.

En Fahim!?

Terus segala memori malam tadi terimbas semula. Hati berdebar. Aku melangkah ke pintu dan tombol pintu aku pulas. Langkah aku atur keluar dari bilik. Aku toleh kiri kanan. Mak datuk.. Banyaknya bilik dan aku menoleh ke bawah, berapa tingkat rumah ni.

"Hello..." Aku bersuara. Tiada jawapan.

"Hello..ada sesiapa di sini!?" Sekali lagi aku mencuba. Tapi hanya sunyi selepas suara aku bergema. Aku cuba melangkah ke kanan. Pintu bilik pertama aku ketuk. Tiada yang menyambut dari dalam. Aku ketuk pintu kedua, sama seperti tadi. Aku terus melangkah lagi dan mengetuk pintu bilik ketiga. Baru sahaja mahu melangkah ke bilik di hujung sebelum menemui tangga turun, aku terdengar suara gelak dari tingkat bawah. Sayup-sayup kedengaran. Aku terus menuruni anak tangga untuk mendapatkan suara-suara itu.

Oh sama juga seperti tingkat atas. Aku semakin menghampiri dengan bilik yang aku dengar bunyi ketawa begema itu. Belum sempat aku mengetuk pintu bilik itu, bual bicara dari dalam bilik kedengaran.

"Dia bodoh.."

"Apahal kau tak habiskan je. Rugi bro."

"Macam mana aku nak habiskan. Barua ni dah sampai dulu."

"Well.. Takkan kau nak makan dulu. Of course I want."

"Hey she is mine!"

"Hahahaha... Fresh kau..siapa tak nak!?"

" so now macam mana?"

"Gilir-gilir."

Aku memegang dada aku yang terasa sesak. Suara ketiga mereka itu cukup aku kenal.
Apa maksud mereka!?
Adakah aku topik perbualan mereka!?
Adakah kejadian malam tadi adalah perancangan mereka!?
Aku memegang dada yang kini terasa sesak. Sampai hati mereka merancang untuk menghancurkan aku. Apa salah aku pada mereka!?

Tidak sanggup lagi untuk mendengar perbualan mereka dan aku juga tidak mahu mereka mengetahui aku mendengar butir bicara mereka, aku perlu beredar dari sini segera.
Belum sempat aku melangkah ke belakang, pintu bilik di hadapan aku terbuka luas.

Terkejut tiga pasang mata itu melihat aku dihadapan mereka dan ya tekaan aku tepat.

"Sheena.." Suara Encik Fahim kedengaran.

"Kenapa?" Soal aku perlahan. Ya aku nak tahu kenapa mereka bertiga merancang semua ini. Merancang untuk mejatuhkan maruah aku atau lebih tepat merampas maruah aku yang masih dara sunti ini.

"Kami bertiga suka kau!" jawab Ilham. Terkejut aku dengan jawapan mereka.

"Kenapa korang semua rancang benda bodoh ni!!" Jerit aku sekuat hati. Takkan kerana suka aku sanggup melakukan perkara macam ni.

"Kami bertarung untuk merebut kau. Tapi kami tak sanggup nak lukakan hati sesama sendiri. Jadi cara terbaik, kami kongsi kau!" Mikaiel dengsn senyum leretnya. Tergamak mereka berpura-pura dan cuba mempermainkan perasaan aku.

Aku tak sangka jawapan bodoh sebegini aku terima dari lelaki yang sudah cukup matang.

Aku mengeleng kepala berkali-kali. Aku harap ini bukan yang benar. Aku tak sanggup. Wajah aku angkat memandang tiga wajah di hadapan aku silih berganti.

SHEE ITU AKU!Where stories live. Discover now