SHEE ITU AKU!-48-

2.5K 94 29
                                    

Pintu bilik mandi di ketuk dari luar. Terkejut betul aku yang sedang mengenakan butang seluar khakis ini.

"Sheena..kau ok tak?" Laung Ilham dari luar.

"Saya ok!"

"Lama sangat kau kat dalam tu. Aku risau kau pengsan je"

"Jup nak sudah. Sekejap ya awak" sabarlah Ilham oit. Elok aku tak pengsan, aku pengsan kang.

Macam mana tak lama. Duk termenung tengok si merah. Fikir berkali jugalah. Nak pakai ke tak? Yalah barang dalam di beli orang yang bukan aku kenal mana pun. Lagi-lagi lelaki. Tapi nak sarung yang dah hampir seharian aku pakai tu, aku tak selesa.
Sebelum aku sarung siap aku baca macam-macam doa berserta selawat sekali. Seriau. Yalah dengan pemberian dari Ilham. Lepas tu baru dari kedai tak bercuci lagi. Macam-macamlah aku fikir.

Sebaik pintu dibuka. Wajah Ilham yang membelakangkan aku terus menoleh kearah akim aku sekadar memberi senyuman kepadanya. Dia melangkah menghampiri aku. Terus tangan aku di tarik bawa ke katil yang aku tidur itu. Aku di dudukkan dan tuala di tangan aku di capai. Diam dan patuh pula aku dengan tingkah dia seolah dia sedang memberi arahan dalam keadaan senyap.Sempat aku memandang atas meja sudut katil ini. Ada sebekas air dan tuala kecil di dalam bekas itu.
Mesti tuala kecil itu di letakkan atas kepala aku tadi. Sebab masa Ilham kejutkan aku tadi, aku terasa Ilham mengalihkan sesuatu dari kepala aku. Kain basah di kepalakan sinonim ketika demam.

Tanpa aku menduga langsung, Ilham terus mengosok rambut aku yang basah dengan tuala mandi tersebut.
Aku terus jadi patung.

Tegak !
Kaku!
Membisu!

Apa yang aku terasa sekarang....

Aku nak menangis.Kenapa perilaku dia sebiji macam abang Asyraf dan abang Amsyar. Bila aku menangis atau sedih, aku akan masuk bilik mandi dan mandi selain daripada aku tidur untuk hilangkan serabut atau apa sahaja perasaan negatif yang melanda pemikiran dan hati aku. Kalau aku kena marah dengan kedua abang aku, aku akan masuk bilik mandi dan menangis semahu - mahunya, lepas itu, tak abang Asyraf, abang Amsyar akan mengeringkan rambut aku dengan cara mengosok rambut aku yang basah dengan tuala. Bunyi pelikkan tapi itulah salah satu cara mereka memujuk aku dengan cara senyap.
Bila Ilham melakukan begini aku tak mampu dah...

Ya Allah...

Aku tak boleh kawal air mata. Ya aku menangis teresak-esak.

"Hey..what wrong?"

Aku mengeleng kepala. Bukan kata mata je pedih ,hidung aku juga pedih akibat berulang kali  aku menangis.

Ilham menarik kerusi kayu itu dan dia terus labuhkan punggungnya di atas kerusi tersebut lalu  matanya menghadap aku.

"Cakap dengan aku kenapa kau menangis?" Soal Ilham semula.

"Saya.. Saya teringat abang -abang saya. Cara awak sama macam mereka" sot set sot set hidung aku yang berair sudah. Suara aku pun tersedu-sedu bila bicara.

Ilham mendiamkan dirinya tapi  aku tahu dia sedang merenung aku. Tuala di tangannya di hulurkan kepada aku. Aku mengangkat wajah dan memandangnya.

"Nah kau lap rambut kau. Aku tunggu kau di bawah." Aku memandang tuala itu sahaja.

"Awak.." Aku memanggilnya.

"Umm.."

"boleh tak awak gosok sekali lagi rambut saya macam tadi?" Kelopak matanya terbuka sedikit mempamerkan matanya membulat dengan permintaan aku. Aku tak kira. Aku nak juga. Apa dia nak fikir, lantaklah. Aku betul-betul dalam keadaan nak perhatian darinya. Sebab dia seorang sahaja ada di sini menemani aku.

SHEE ITU AKU!Where stories live. Discover now