Ini kisah aku.
Aku Sheena Batrisya.
Aku nak jadi Fashion Designer.
Dan sekarang aku merupakan pelajar bidang Fashion and Design.
Ada kisah buat aku terlibat dalam dunia modeling.
Kisah biasa-biasa tapi akhirnya jadi luar biasa.
***********
Hidup ak...
Sekarang punya masa, aku rasa tak macam berputar 24 jam. Macam 12 jam sehari je. Ni cuti sem pun aku rasa sekejap sangat. Hailah. Balik cuti dua minggu ni pun aku sibuk kesana kemari. Cari bahan untuk final project sem 5 nanti. Sem 5 ni kami akan adakan pameran. Setiap pelajar wajib buat pameran individu. Hasilkan research, design dan pakaian. Lepastu perlu buat packging, iklan dan sebagainya. Sebelum tu, dah ada dahulu presentation dengan lecture yang mengajar. Kemudian baru buat pameran.Pelajar akan di lawati oleh lecture yang di tugaskan dan masa tu nantilah kita secara tak langsung membuat presentation. Selepas dengan lecturer barulah di buka kepada semua yang hadir. Oh ini lagi mencabar, sebabnya masa nilah pelajar lain mula soal menyoal hasil kerja kita. Ni kena tadah jelah telinga, di puji, di kutuk mahupun di ketawakan hasil kita. Macam mana aku tahu? Dah memang itu yang jadi setiap sem. Selain itu juga pelajar sem 5 ni wajib terlibat dengan fashion show bagi pelajar sem 6. Tahun ni sekali lagi fashion show akan di buat di dewan Mawar Johor Bahru.
Aku masih kekal menjadi model dan untuk tidak kelam kabutkan aku, aku di beri tugasan untuk terlibat dalam ajk buku program. Jadi awal-awallah tugasan tu perlu di siapkan. Selain dari ajak buku program, ada juga ajk model ,ajk makeup ajk sambut tetamu,ajk pentas dan lighting, ajk makanan dan minuman dan banyak lagi. Jadi pelajar sem 5 di agihkan tugasan dan tugasan di tetapkan oleh lecture yang bertugas. Fuhhh! Semakin sibuklah kami tapi kalau tak sibuk bukan studentskan.
*********
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Turun sahaja dari bilik untuk makan malam, aku lihat abang-abang aku dan isteri masing-masing dah ada di meja.
"Turun pun anak dara ni. Buat apalah kat bilik tu?" Aku mencebik. Mengada nak cari gaduh dengan akulah tu abang Amsyar ni. Kak Qhayra menepuk lengan suaminya perlahan.
"Adik menjahitlah.."
"Yelah tu..entah-entah mengelat dari sediakan hidangan"
"Aiipp mulut abang. ." aku bulatkan mata.
"Dah..dah.. Kamu dah nak jadi ayah Amsyar, cukup-cukuplah nak menyakat adik tu. Esok anak kamu orang kacau jangan nak marah.. Kamu bapa pun suka mengacau" fuhh cayalah ayah. Aku naik kening tanda aku menang. Abang Amsyar mencebik dan yang lain tersenyum.
Kami makan dengan penuh cerita sehingga satu ayat yang keluar dari mulut abang Amsyar buat aku tersedak.
"Ilham ada call aku tadi Asyraf, dia pulang Malaysia esok. Lusa dia nak jumpa kita"
"Uhukk.uhukk.." Terus aku capai air minuman. Pedih betul tekak ni.