Terus sahaja aku menarik tangan mak Yam ke tepi.
"Bila adik cakap?"
"Cakap apa?" Mak Yam turut bernada berbisik seperti aku.
"Cakap nak makan bubur yang Ilham masaklah."
"La...tengahari tadilah. Kan semua orang tanya adik nak makan apa, adik cakap nak makan bubur ayam tapi had lelaki tu yang masak"
Aku menepuk dahi.
Amnesia pula ke aku sekarang ni. Serius aku tak ingat. Ok! part bubur ayam tu betul aku sebut, tapi part Ilham yang masak ni bila masanya!?
Aku terus menoleh ke arah mereka semua. Aku melangkah ke ibu dan mencapai susu dan apple yang sedang ibu pegangkan untuk aku tadi.
"Mmm..adik naik dulu" aku rasa janggal dan rasa segan. Dari aku terusan tebal muka di sini elok aku naik atas.
"Kau belum makan apa-apa lagikan!?" Terus aku menoleh memandang Ilham. Tidak menjawab soalanya tetapi tangan aku mengangkat sedikit paras dada menunjukkan gelas dan epal yang aku pegang sebagai isyarat untuk aku makan ini.
Aku lihat Ilham memandang kedua-dua abang aku dan mereka mengangguk. Kepalanya di toleh ke arah ibu dan ayah.
"Izinkan saya ya uncle, aunty masuk ke dapur." Ayah dan ibu mengangguk.
Eeeuuwwww.... Sopan anak dara sungguh.
Sangat luar alam!!
Terus sahaja Ilham mengambil satu bag di sisi sofa dan melangkah ke arah aku.
"Setakat makan epal macam ni tak sedap, jom aku sediakan yang lebih enak untuk kau."
"Tak payah! Saya tak nak makan bubur malam ni."
"Ada ke aku cakap aku nak masak bubur untuk kau!?" Ilham masih dengan nada berbisik tetapi sedikit keras.
Aku mengerut dahi saat epal di tangan kanan aku di rampas dan berlalu ke dapur.
"Hey!!!"
Mak Yam menghampiri aku dan berbisik.
"Adik ikut ajelah, tu Amsyar dengan Asyraf dan pandang tu. Tak pasal adik kena marah nanti."
Terus aku menoleh ke belakang. Ya kedua mereka merenung ke arah aku. Renungan yang tajam juga. Ibu dan Ayah telah kembali duduk di sofa berbual sesama mereka.
Aku menghembus nafas dengan kasar. Langkah aku aturkan ke dapur. Kaki sedikit aku hentak tanda protes.
Geram!!!!!
Tiba di dapur aku lihat Ilham memandang keliling sebelum dia bertanya pada Mak Yam yang aku sendiri tak sedar mak Yam rupanya ada di sisi aku.
"Roti ada Mak Yam?"
"Ada.. Jup mak Yam ambil ya Ham." Aik..mak Yam pun panggil Ham.Mak Yam menghulurkan roti jagung kepada Ilham.
"Roti ni je ada Ham. Boleh ke?"
"Tak apa ok sangat ni."
Ilham aku lihat mencapai sebiji pisang yang berada di dalam bakul dan di letakkan diatas meja sebelah epal hijau aku yang di rampas tadi.
Ilham melangkah ke peti ais dan aku lihat di keluarkan penutbutter dari peti ais lalu di bawa ke meja tadi.
Mak Yam yang hilang seketika kembali bersama pisau dan papan pemotong di tangannya.
"Maaf ya Mak Yam saya menyusahkan mak Yam " Ilham mengukirkan senyuman kepada mak Yam. Dengan mak Yam senyum. Dengan aku..fuh!!!
![](https://img.wattpad.com/cover/53117585-288-k66769.jpg)
YOU ARE READING
SHEE ITU AKU!
RomanceIni kisah aku. Aku Sheena Batrisya. Aku nak jadi Fashion Designer. Dan sekarang aku merupakan pelajar bidang Fashion and Design. Ada kisah buat aku terlibat dalam dunia modeling. Kisah biasa-biasa tapi akhirnya jadi luar biasa. *********** Hidup ak...