"Ehem...!" Tersentak kami berdua mendengar kak Iryani berdehem. Ilham menolak lembut tubuh aku menjauhi tubuhnya.
Malu betul. Malu sehingga aku tak tahu nak bereaksi bagaimana.
"Siap nak gerak dah ke Shee? Tak mahu habiskan breakfast?"
Aku menggeleng kepala. Bagaimana aku nak habiskan jika selera aku sudah mati dek gara kemunculan Encik Fahim.
"Kalau macam tu, kau hantar Shee lah Ilham." Aku dan Ilham serentak memandang kak Iryani.
"Kau tak hantar Sheena ke?" Soal Ilham.
"Tak jadilah. Kau jelah hantar."
Sedikit terasa hati aku mendengar mereka menolak aku kiri kanan untuk hantar aku pulang.
"Eh tak apa.saya boleh panggil teksi" potong aku.
"Aku tak izinkan!!"
"Tapi..."
"Aku hantar kau pulang! Ikut plan asal!" Ilham terus berlalu keluar.
Dia nikan!!!!!!!!
Kak Iryani menghampiri aku dengan kepala mengeleng.
"Umur je dah tua tapi perangai budak lagi. Nasib awak la Shee.."
"Ah!?"
Kak Iryani ketawa kecil.
" Tak payah kisahkan Ilham tu. By the way, akak bukan tak nak hantar Shee tapi akak tahu kamu berdua perlu ruang untuk berbincang. jadi biarlah Ilham hantar awak. Jangan kecil hati pula ya." Kak Iryani Memeluk aku sebelum turut keluar dari bilik dengan senyuman di bibir.
Ruang untuk berbincang?
Bincang apa?
**********
Sudah lima belas minit aku berada
dalam kereta Jenama Kia Optima bewarna putih
milik Ilham tetapi sepatah perkataan tidak keluar dari mulut aku mahupun Ilham.
Tak boleh jadi ini. Aku rasa canggung.
Fikir punya fikir akhirnya aku teringat sesuatu yang membolehkan aku dan dia bersuara.
"Awak.." Seru aku perlahan. Berdebar.
Ilham menoleh kearah aku sekilas.
"Mmmm...nanti awak bagi nombor akaun awak pada saya ya. Awak send secepat mungkin ya"
"Buat apa!?"
"Nak bank in duit awak belikan barang semua tu dan duit ubat doktor."
"Tak payah bayar."
"Eh tak boleh, saya kena bayar. Nanti terasa terhutang sangat pada awak. Dahlah budi awak banyak saya termakan ni. "
"Aku kata tak payah. Aku tolong kau Ikhlas dan anggap itu rezeki kau"
Rezeki la sangat!!!! Terus otak aku terfikir tiga set pakaian dalam yang di belikan dan terasa berbahang kulit wajah aku.
"Saya tak biasalah awak. Please bagi saya nombor akaun."
"Boleh tahan degil kau ni ya. "
"Bukan degillah tapi... Ish barang awak beli tu semua bukan harga rendah pun. Please awak ya.."
.
"Kau nikan!!! Tak bagi aku marah tak boleh ke?. Apa yang nak di kirakan sangat ahhh? anggap jelah hadiah hari jadi kau dari aku. Senang! " Dia ni..
"Mana boleh!"
"Apahal pulak tak boleh. Wei duit aku halal tau. Apa masalah kau! Teruk sangat ke nak terima dari pemberian dari aku!"
"Masalahnya mana pernah saya terima hadiah macam tu."
"Kau ni kenapa Sheena!!! Ambil ajelah. Jangan bagi aku naik angin boleh tak?!!!"
ANDA SEDANG MEMBACA
SHEE ITU AKU!
RomanceIni kisah aku. Aku Sheena Batrisya. Aku nak jadi Fashion Designer. Dan sekarang aku merupakan pelajar bidang Fashion and Design. Ada kisah buat aku terlibat dalam dunia modeling. Kisah biasa-biasa tapi akhirnya jadi luar biasa. *********** Hidup ak...
