Ini kisah aku.
Aku Sheena Batrisya.
Aku nak jadi Fashion Designer.
Dan sekarang aku merupakan pelajar bidang Fashion and Design.
Ada kisah buat aku terlibat dalam dunia modeling.
Kisah biasa-biasa tapi akhirnya jadi luar biasa.
***********
Hidup ak...
Sebab ada yang sayang Ilham, jadi sy belanja lagi part tak stress..sorry, sy tak reti tulis sweet gula selori sekilang yang tertumpah. Jadi mcm ni jelah yek..khkhee
Lepas ni siap sedia balik k. Nk bg u all stress. Shee nak hadapi tetttttt.....
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
*********
Tak aku angkat muka pandang wajahnya. Suapan demi suapan masuk ke mulutnya sehingga habis. Sepatah bunyi pun tidak kedengaran. Hanya lagaan sudu dan mangkuk kedengaran. Dada aku berdentum dentam jugalah menahan perasaan gementar sendiri. Abang-abang aku pun tak pernah aku suapkan. Ilmu apalah dia ni pakai. Boleh pula aku ikut cakap dia. Dah tu boleh pula aku diamkan diri. Bukan aku tak tahu mata dia tak lepas pandang dari aku. Wajah je aku tak angkat tapi ada juga aku jeling-jeling manja. Tu sebab aku tahu dia pandang aku.
Cewah!!! Tak angkat mukalah sangat!!!
Habis juga semangkuk dan segelas jus yang aku sediakan ni. Tapi tak ada pula dia nk komen apa-apa. Senyap je. Tak kisahlah.
Aku meletakkan mangkuk dan gelas ke dalam dulang. Baru sahaja aku mengangkat punggung untuk bangkit. Tangan aku di sambar Ilham. Nasib tak terlepas dulang.
"Awak..! Kalau terlepas dulang ni tadi... Awak yang salah kalau kotor cadar ni."
"Thanks.."
"Oh.. Ok."
Mata kami bertentang. Lama juga sehingga serentak kami tersedar. Dia berdehem seketika dan tangan aku dilepaskan.
"Saya turun kemas dapur dulu ,lepastu nanti saya balik. Saya rapatkan pintu rumah awak." Tak tunggu jawapan dia, terus sahaja aku keluar dari biliknya.
Di luar pintu biliknya, aku menarik nafas sedalam mungkin. Apahal aku ni!? Beberapa saat kemudian ,terus sahaja aku ke dapur. Segala perkakas yang aku guna tadi terus sahaja aku bawa ke singki untuk di cuci. Selesai mencuci, dapur masaknya aku lap termasuk meja batunya ini. Tak lap betul-betul kang, ada sampai lak kat Masai cari aku nak membebel. Khekhekheee...
Aku yang masih ralit mengelap, terjerit aku bila nama aku di seru.
"Sheena.."
"Aaaarrrggghhh.." Kuat aku menjerit. Gila tak terkejut.
"Awak!!!!! Terkejut betul saya tau!"
"Aku panggil nama kau je pun. Over sangat nak terkejut kenapa?" Berkerut dahinya. Tangannya menarik kerusi di meja Barnya.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.