SHEE ITU AKU!-56-

2.5K 93 11
                                    

Aku yang masih berfikir tentang perbualan mereka tadi terus bangkit dan bersandar di kepala katil. Sedang elok aku memicit dahiku, pintu bilik di tolak perlahan dari luar menyebabkan aku tersentak. Terpacul wajah abang Asyraf di muka pintu. Serta merta terasa darah menyerbu ke wajah aku.

"Adik..." Aku tidak menyahut panggilan abang Asyraf. Kedua-dua tanganku terus mengenggam kemas dan erat selimut yang menutup kaki.

Takut!

Aku memandang wajah abang Asyraf yang kini menghampiriku.

"Adik..." Matanya memandang ke arah tanganku yang mengenggam selimut. Keluhan berat di lepaskan. Punggungnya di labuhkan di atas katil di sisi aku.

"Abang minta maaf ya. Abang tak niat nak buat adik macam ni. Abang tahu abang salah. Abang tak kawal marah abang."

"Ja..ngan pu..kul a..dik " ayat itu yang terkeluar dari mulut aku dan ya itu yang aku memang mahu tuturkan. Kata-kata aku membuatkan wajah abang Asyraf berubah riak. Terus sahaja tubuh aku di tarik ke dalam pelukkannya.

"Abang minta maaf dah buat adik takut. Abang tak niat dan tak terlintas langsung nak pukul adik." Pelukkan semakin erat menyebabkan aku terus menangis teresak-esak.

"Adik buat salah. Adik minta maaf. Adik tak niat nak berahsia.."

"Shhh......"

Pintu kedengaran di buka dari luar. Wajah abang Amsyar kelihatan di muka pintu. Langkahnya di atur ke arah kami.

"Adik dah bangun"

Aku mengangguk.

"Abang..adik haus nak minum air" ya dari tadi aku menahan haus di tekak ini.

Abang Amsyar tersenyum dan berlalu keluar. Beberapa saat , abang Amsyar kembali dengan sebotol air mineral dan segelas cawan.

Air yang telah di tuang di dalam gelas di suakan kepada aku. Tidak cukup segelas aku rasa, aku minta lagi segelas. Lega.

"Abang..." Seruan aku menyebabkan kedua-dua mereka mengangkat wajah memandang ke arah aku.

"Sorry..." Mereka berdua tersenyum. Abang Amsyar mengusap kepala aku manakala abang Asyraf mengusap tangan aku.

"Sebenar adik dah sedar dari tadi tapi adik tak berani keluar bilik. Adik dengar perbualan abang dengan Ilham." Wajah mereka berdua agak terkejut. Mereka berpandangan sesama sendiri sebelum beralih kearah aku semula.

Aku menarik nafas sedalam mungkin sebelum meneruskan bicara.

"Adik salah. Adik yang tak berjaga-jaga. Abang jangan marah encik Fahim. Dia tak salah. Malam tu kami pergi dinner je. Dia belanja adik makan semperna Hari Lahir adik. Masa makan tulah dia dapat panggilan Dad dia excident. Encik Fahim berkeras nak hantar adik balik tapi adik tak bagi sebab adik kesiankan dia nak hantar jauh dan adik ingat biar adik balik naik teksi je. Encik Fahim tak izinkan. Lepas tu dia nak sewakan bilik biar adik rehat dulu sementara dia pergi hospital , nanti kemudian dia ambil adik tapi adik tak nak juga. Takut panjang hal dia di hospital. Tu yang akhirnya dia putuskan minta Mikaiel  ambil adik. Nak suruh budak rumah ambil, diorang mana reti drive. Sebenar adik call juga mereka minta tanya jiran adik yang satu kelas tu boleh datang ambil adik tak. Tapi diorang pun tak ada rumah. " panjang lebar aku terangkan. Kedua-dua abang aku serentak melepaskan keluhan beratnya.

Aku tak kisah dah akibatnya. Aku mesti terangkan dengan jelas pada kedua-dua abang aku. Lagipun tiada apa lagi perlu aku sorokkan.

"Masa tu adik memang ketakutan. Adik panik dan tak sangka Mikaiel cuba mengambil kesempatan pada adik. Bila adik dapat lepaskan diri, adik tak fikir lain dah. Walaupun adik terfikir abang berdua tapi adik hanya fikir nak lepaskan diri dari Mikaiel. Adik tak tahu nak cari siapa masa tu. Jadi adik hanya ingat nama Aidil je. Tapi tak sangka adik kalut punya pasal adik pergi call Ilham."

SHEE ITU AKU!Where stories live. Discover now