SHEE ITU AKU!-62-

2.5K 88 23
                                    

Masing-masing sibuk dengan urusan untuk membuat Latihan Industri. Oh ya Politeknik ni tak sama macam university. Kalau university kebanyakkan cost, last sem untuk praktikal. Kalau politeknik pula sem 4 merupakan sem latihan industri/praktikal  bagi semua cost.

Hana dan Warda, mereka merancang sama tempat untuk latihan industri nanti. Ada juga mereka mengajak aku membuat latihan Industri sama dengan mereka tetapi aku awal-awal lagi memang berniat nak latihan industri di Kuala Lumpur, aku nak duduk di rumah ibu. Lagipun memang awal-awal ibu pesan, buat latihan industri di Kuala Lumpur. Cari berhampiran rumah aku.

Sesetengah rakan kelas aku mengambil keputusan untuk membuat latihan Industri di butik Designer terkenal Malaysia yang sememangnya menawarkan kepada pelajar IPTA dan IPTS untuk praktikal. Aku tak nak. Aku dah tanya senior-senior aku ketika aku hadir latihan modeling setiap malam hari rabu. Ini untuknya join model , mudah aku mengetahui segala yang berkaitan dengan cost aku. Mereka pula tidak kedekut Ilmu. Lagipun mereka ni banyak membakar semangat aku untuk berusaha. Mana taknya. Tengok rekaan mereka sahaja dan  rekaan mereka tersarung di tubuh aku menambahkan pembakran di jiwa aku untuk mengejar cita-cita aku. Tu sebab aku agak sedih bila abang-abang aku suruh aku berhenti bekerja di agensi encik Fahim. 

Oh tersasar sudah. Berbalik pada apa yang aku tanya kepada senior-senior aku , rata-rata mereka mengatakan praktikal lebih elok ambil di butik yang mahu memberi kita tugasan menjahit jika mahu meningkatkan kemahiran menjahit. Yang ini aku inginkan. Aku tak nak seperti sesetengah senior pergi latihan industri sekadar menjahit manik dan kemas butik. Oh bila nak pandai kalau macam tu? Jadi untuk  latihan industri ini,aku sangatlah cerewet memilih. Aku tak mahu kejar membuat latihan di tempat glamour tapi aku tak dapat apa yang aku inginkan.

Lagi dua minggu  masuk bulan puasa  dan kebetulan pula kami akan bercuti selama seminggu. Jadi masa tu aki akan comformkan semula dengan tempat yang aku mohon.

************

Aku keluar sendirian ke restoran berhampiran rumah sewa. Nak bungkus makanan untuk malam ini. Dari petang tadi, kami bertiga sibuk menyiapkan assignment group yang di berikan oleh puan Biwanis. Naik krem jemari aku menaip.  Jadinya hari ini tiada siapa memasak. Aku menawarkan diri dan seperti biasa memang tugas aku keluar membeli makanan. Sementelah mereka berdua meneruskan tugasan.

Sedang elok aku tunggu makanan yang aku oder disiapkan, seorang lelaki yang aku perasan dari group meja tidak jauh dari tempat aku duduk ini menghampiri aku. Situasi aku tak gemar, lebih- lebih lagi cara dan tingkahnya menunjukkan dia bukan students. Aku tak suka bertegur sapa dengan bukan dari students poli. Sebabnya bukan aku tak tahu niat mereka lagi-lagi yang suka melepak di kedai makan berjam-jam dengan hanya segelas minuman. Mulut macam cencorut. Bunyi sana bunyi sini. Segelintir mereka memang nak cari cikaro. Fuh. Bukan sengaja aku nak tomah pada mereka ni tetapi segelintir itulah yang merosakkan. Dan yang aku pelik juga, mudah yang perempuan tersangkut.

Ceh cakap orang pandai aku ni. Tapi serius , itu bukan  cara aku. Ada jugalah dua tiga orang budak kelas aku yang bukan satu dua mata perasan, tapi bermata-mata perasan. Dengan mudah ikut kesana kemari sehingga ada yang terlanjur. Aku tak buat cerita dan tak niat burukkan orang cuma itu hakikatnya.

Amboi!!!! Diri sendiri pun mudah terpengaruh juga.

"Hai awak. Sorang je. Meh saya teman ya" aku buat tak endah. Mata terus fokus pada phone. Walaupun terasa sedikit berdebar tapi aku masih mampu kawal sebab meja-meja lain penuh dengan orang. Jadi tak mungkin makhluk depan aku ni nak buat tak elok.

"Amboi kak long, sombong." Aku masih menahan diri dari mengangkat wajah memandang makhluk yang tak di jemput itu. Hailah, cepatlah makanan siap.

"Bro..tumpang lalu. Ni awek gua" terus aku angkat wajah memandang suara yang aku rasa aku kenali.

SHEE ITU AKU!Where stories live. Discover now