SHEE ITU AKU!-19-

2.5K 74 1
                                    

"Mak Yam oh mak Yam.." Aku menjengah ke dapur. Tak ada pula. Aku terus keluar untuk mencari mak Yam diluar rumah. Dah petang macam ni biasa mak Yam akan buat kerja di luar rumah iaitu berkebun di tepi kawasan rumah aku ni bersama suaminya Pak Karim. Pak Karim dan Mak Yam dah lama bersama keluarga kami. Dah macam adik beradik dengan ibu dan ayah. Sedari abang-abang aku kecil lagi mereka dah tinggal bersama kami. Di bahagian belakang rumah aku ni ada bilik kecil ayah bina untuk mereka berdua tinggal. Menurut ibu,Pak Karim dan Mak Yam tidak mahu tinggal serumah dengan kami, katanya segan. Pada mulanya mereka menyewa di luar yang tidaklah jauh mana dari kawasan kami. Lebih kurang 15 minit. Tapi selepas ayah bina bilik yang bersambung dengan dapur kami , dan ayah ibu mendesak mereka untuk tinggal disitu barulah mereka setuju. Kata ibu lagi, masa tu ibu dan ayah sedang berusaha keras menaikkan nama syarikat dan produk makanan segara keluaran Ameen firdaus Food. Jadi kerana kengkangan masa, abang-abang masa tu tiada yang jaga. Jadi mak Yam dan Pak Karimlah yang banyak berjasa dalam menjaga kami adik beradik. Mereka berdua tiada anak, jadi kami adik beradik seperti anak mereka dan merekalah ibu ayah kedua kami.

Dari dalam rumah aku nampak sebuah kereta bewarna putih.
Aik.. Kereta siapa ni!?

Aku melangkah keluar dan menghampiri kereta tersebut. Masih berbungkus lagi di bahagian dalam. Kereta Volkswagen Golf GTI. Kereta abang-abang aku ke?. Tapi masing-masing sudah ada kereta sendiri. Abang Asyraf dengan kereta Peugeot Rcz dia dan abang Amsyar pula memiliki kereta Nissan GTR. Ibu dengan Toyota Vios manakala ayah dengan kereta Honda HRV. Kereta Alphad untuk kegunaan kami sekeluarga. Takkan untuk.......

"surprise..." Terlompat aku dengan jeritan kuat itu. Aku menoleh kearah suara mereka. Semua ahli keluargaku ada.
Blur...

"Suka tak?" Abang Amsyar menyoal.

Aku masih diam.

"Hey diam pula dia.. Suka atau tak?" Soalnya lagi sekali.

"Adik punya?" Aku memandang muka ibu dan ayah silih berganti.

Mereka mengangguk dan aku menjerit kuat dan terus berlari memeluk ibu dan ayah. Ketawa mereka kedengaran.

"Waaaaaaaaa sukanya adik. Terima kasih semua." Aku berlari semula ke arah kereta. Aku belek keliling kereta tapi.....

"Ibu belum hari lahir adik lagi?" Yalah pelik aku. Belum masa lagi diorang beli kereta untuk apa. Memanglah aku dah memiliki lesen selepas aku tamat SPM tempoh lalu, cuma aku jarang bawa kereta. Setakat dekat-dekat ni aku biasalah.

"Untuk adik guna masa belajar." Jawapan ibu benar-benar mengejutkan aku. Tak pernah aku terfikit ibu ayah akan izinkan aku pakai kereta ketika belajar.

Serius aku terkejut!!

" sebelum tamat cuti semesta ni abang-abang kamu akan bergilir teman aku latih memandu. "

Aku mengangguk.

"Tapi ingat ini bukan tiket kebebasan adik nak merayap kesana kemari di sana. Abang tak suka. Ini beli sebab kami kesiankan adik jalan kaki dari rumah sewa masuk ke kampus kamu tu.. Faham!" Aku mengangguk dengan kata-kata abang Asyraf.

Aku betul-betul gembira hari ini. Aku dapat hadiah.. Yehaaaa!!!!

******

Kali terakhir aku terima masej Aidil enam hari lepas. Katanya mahu pergi bercuti di Pulau Pinang untuk bertemu pak ciknya. Masalahnya dah semua masej dan panggilan aku tidak dibalas.

Hati aku mula tak sedap. Aidil kenapa buat saya macam ni. Buat saya tertunggu-tunggu dan saya berfikir macam-macam.

Segala benda aku buat semua tak kena...
Rancangan di televisyen pun aku rasa bosan. Padahal rancangan Project runway ni. Aku suka menonton project runway ni lagi season 1. Aku suka melihat cabaran dan kreativiti mereka dalam menghasilkan rekaan pakaian yang luar biasa. Melihat model membuat catwalk di atas pentas teringat diri sendiri. Tak sangka aku boleh di pilih menjadi model terbaik.

Tawaran menjadi model itu pun aku tolak cara baik. Aku tak nak hubungan aku dan Aidil bermasalah. Dia tak suka aku ikutkan je. Lagipin aku tak kisah sangat.

Sedang aku cuba memfokus menonton tv.
Phone aku berbunyi..
Aku mencapai dan membuka. Satu masej aku terima.

Unknown
29/12/2015 2130pm

Awak, saya Aidil ni. Sorry tak masej awak. Phone saya hilang. Nanti saya dah beli phone baru saya masej awak. Jangan nakal-nakal. Saya sayang awak ok!
Tak payah reply. Ni saya pinjam phone adik saya.
Ok bye sayang.
Nanti saya masej awak ok.

Bibir aku mengukir senyuman. Phone hilang rupanya...

Saya tunggu awak Aidil....

P/s teriman kasih sudi membaca.

SHEE ITU AKU!Where stories live. Discover now