Seperti yang di janjikan, Aku dan Aidil bersama ke bandar. Ini kali kedua aku keluar bersamanya. Aku berpakaian ringkas hari ini hanya t shirt hitam dan skinny jeans. Sneakers putih pilihan aku. Rambut seperti biasa aku tocangkn. Kemas dan ringkas. Aku sampai dahulu di pondok pengawal. Setelah menyerah kad merah jambu ini kepada pengawal, aku terus keluar dari pagar. Aku menjauhkan diri sedikit dari pintu pagar. Operasi nak tanggalkan selendang. Lebih kurang 15 minit juga aku menunggu Aidil. Dari jauh kelihatan dia berjalan menghampiri aku. Penampilan yang tidak pernah cacat di mata aku. Aidil mengenakan Tshirt hitam dan di sarung jaket biru di luar. Di padankan dengan ripped skinny jeans. Sneakers putih pelengkap gayanya hari ini.Aku tanpa sengaja mengigit bawah bibir. Terpesona! Hailah Aidil awak pakai apa pun jiwa saya meronta-ronta gak nk ke awak.
Gilalah kalau tak jatuh cinta!"Sorry darl... Terlajak tidurlah" Aidil tersenyum. Senyum yang sentiasa mengoda perasaan aku. Bibirnya tu.....Geram!!! Bau wangian kegemaranya menusuk ke rongga hidung aku.Bau yang mengoda hati perempuan aku.
Aish!!!!!!"It ok. Saya pun baru sampai."
Aidil memandang aku dari atas ke bawah. Adeh!
"Kenapa?" Terluncur soalan tu dari bibir aku.
"Kita macam merancang pula ya. Sedondon."Aidil tergelak kecil.
Ya tak ya. Aku dan Aidil hampir sama dari warna baju ,seluar dan kasut.
Kita memang serasilah Aidil!"Wak kita naik teksi je boleh?" Aku menyoal.
"Kenapa?"
"Cepat sampai. Boringlah naik bas. Kejap je nanti kat bandar."
Wajah Aidil kelihatan serba salah.
"Tak apa saya bayar duit teksi" aku rasa sebab itu kot, yalah teksi dari sini ke bandar entah berapa diorang cekikkan.
"Tapi..."
"Tak payah fikir dah jom"
Aku menahan teksi yang kebetulan lalu. Aidil duduk di sebelah pemandu dan aku duduk di belakang.
Ceh! Aku ingat boleh duduk sebelah dia. Dia boleh duk depan. Adoi!!!!
Sepanjang perjalanan Aidil lebih berbual dengan pemandu teksi. Aku?
Aku makan hati kat belakang. Dah rupa tunggul kot. Habis cerita pasal bola la.. Isu semasa la...
Wei....tak minat!!!!Akhirnya sampai juga di City Square. Mula ingat nak muncung je, tapi tanpa aku sangka Aidil meraih tangan aku dan kami berpimpin tangan masuk ke City Square. Berterbangan terus bad mood aku.
Gatal!"Awak nak cari barang apa?"
"Kasut"
"Kasut?" Wajah Aidil terkejut.
"Kenapa?"
"Kasut apa sampai ke bandar ari ni.?"
Adoi kasut tu yang benar. Yang sampingannya nak keluar dengan awak!!!
"Heels, rabu next week saya ada latihan"
Adil semakin berkerut dahi. Aku tak cerita pun pada dia.
"Macam ni ada seorang sis ni cari saya nak suruh saya jadi model untuk pakaian dia. Kira Final project untuk fashion students. So saya akan jadi model dia dan setiap malam rabu ada latihan. Next week hari perkenalanlah. Dia suruh bawa heels. Saya mana ada heels. Tu yang nak beli ni"panjang lebar aku menerangkan. Tetiba Aidil berhenti. Matanya pandang atas bawah.
"Baju macam mana?"
Aku jongket bahu.
"Kalau saya tak izinkan macam mana?"

ANDA SEDANG MEMBACA
SHEE ITU AKU!
RomanceIni kisah aku. Aku Sheena Batrisya. Aku nak jadi Fashion Designer. Dan sekarang aku merupakan pelajar bidang Fashion and Design. Ada kisah buat aku terlibat dalam dunia modeling. Kisah biasa-biasa tapi akhirnya jadi luar biasa. *********** Hidup ak...