SHEE ITU AKU!-81-

3K 95 57
                                    

Tanpa berfikir hala tuju sebenar, aku terus memecut kereta. Air mata tidak mahu berhenti dari terus menagis. Kenapa semua perkara ini terjadi keatas aku?

Panggilan phone tidak aku hiraukan. Terus aku matikan. Aku tak mahu mereka cari aku. Biarkan aku tenang seketika. Ya ini pertama kali aku lari sebegini. Aku tahu ahli keluarga aku pasti risau taspi aku tidak mahu di ganggu.

Entah kenapa ini menjadi destinasi aku. Aku terus memarking kereta dan keluar dari perut kereta. Phone aku capai dan aku onkan semula. 20 miss call terpapar dan 10 masej masuk. Tidak aku hiraukan semua itu. Satu panggilan aku buat. Bila orang disana menjawab panggilan aku terus aku menyoal.

"awak kat mana Aidil?"

"saya ada depan rumah awak"

Seminit kemudian Aidil keluar dari rumahnya.

"Shee..." panggilan Aidil terus menyebabkan air mata aku mengalir.

Pintu pagar di buka dan Aidil menghampiri aku.

"kenapa ni sayang.."

"awak..."

Aidil terus menarik aku kedalam pelukkannya.

"shhhh...dah jom masuk dulu, kita cerita dekat dalam."

Aidil membawa aku masuk ke dalam rumahnya. Setiba di dalam rumah,Aidil dudukkkan aku di sofa. Aidil berlalu ke ruang dapur dan sesaat kemudian dia keluar dengan segelas air.

"minum dulu ni. Bagi awak tenang." Kata Aidil dan gelas kini bertukar tangan. Air aku teguk. Sedikit kelegaan pada tekak yang terasa perit tadi.

Beberapa minit setelah kami berdua diam, Aidil bersuara.

"awak kenapa Shee?"

Aku mengeleng kepala. Wajah aku angkat memandang wajahnya.

"Aidil boleh saya tumpang sini sekejap. Saya nak rehat sekejap sahaja.boleh?"Aidil tersenyum.

"boleh. Awak nak rehat kat bilik ker?" soal Aidil. Aku mengeleng kepala sekali lagi.

"tak payah. Sini je. Saya tumpang baring kat sofa ni sekejap je. Please!"

Aidil mengangguk kepala dan bangkit naik ke tingkat atas. Aku terus merebahkan kepala di atas sofa. Kepala terasa berdenyut dan berat sekali. Baru sahaja aku tutup mata terasa kepala aku di angkat. Terus aku membuka mata.

"sorry Shee..saya nak Alaskan kepala awak dengan bantal." Aku mengangguk. Bantal di sorong di bawah kepala aku.

"tidurlah. Apa-apa saya ada di sini" bisikan Aidil kedengaran di cuping telinga aku. Mata aku terpejam tetapi aku tetap anggukkan kepala. Terasa sedikit nyaman kerana tangan Aidil memicit lembut dahi aku.

*****

Entah berapa lama aku terlena pun aku tak pasti. Yang pasti sekarang kepala aku sudah beransur pulih dari serangan sakit kepala akibat menangis tadi. Aku mengeliat sedikit. Mata aku memandang ruang sekeliling, eh bilik!? Bilik siapa? Aku terus memandang keliling dan cuba memproses apa yang terjadi dan aku di mana? Otak terus bekerja keras untuk mengimbas kebali.

Oh ya baru aku ingat, aku di rumah Aidil. Pasti dia yang membawa aku ke bilik ini. Seingat aku tadi aku di ruang tamunya.

Allah, malu terus menerjah.

Tangan mencapai phone yang berada di sisi aku. 50 miss call dan 36 masej terpapar. Perasaan bersalah terus menerjah hati ini. Pasti mereka semua risaukan aku. Yalah mana pernah aku buat perangai begini. Aku perlu pulang segera sebelum mereka bertambah risau. Jam di phone aku lihat, hampir pukul 6 petang. Berjam juga aku tinggalkan rumah tadi. Perut pun dah menderu. Yalah, tak sempat aku makan tengahari tadi terus aku lari keluar rumah.

SHEE ITU AKU!Where stories live. Discover now