SHEE ITU AKU!-60-

2.6K 97 17
                                    

Terduduk terus aku di atas sofa hitam ini.Aku meraup wajah aku berkali-kali. Tak sampai dua minggu macam-macam aku terima kejutan. Ya, memang aku benci Mikaiel diatas perbuatannya dan memang hal itu menghantui aku. Cuma aku tak cerita pada sesiapa. Aku keluar ni pun terasa di ikuti. Tapi aku cuba buat apa yang pernah dulu ustaz yang rawat aku ajar apa perlu aku lakukan kalau aku gelisah dan gementar. Aku tak nak aku alami panic lagi. Tapi kematian Mikaiel benar-benar mengejutkan aku. Terkejut sangat.

Tak sempat aku nak tanya Ilham lebih-lebih tadi. Aku yang terkejut tadi, di tinggalkan begitu sahaja. Ilham segera bergegas keluar untuk menemui Encik Fahim.

Aku sendiri berat hati nak keluar dari rumah Ilham. Tubuh aku mengigil sebenarnya. Ia benar-benar mengejutkan aku. Aku risau aku tak mampu teruskan pemanduan nanti.

Macam mana ni.!?

Mungkin aku patut tunggu Ilham pulang terlebih dahulu. Lagipun kunci rumah di tinggalkan pada aku. Sempat aku hantar masej pada Hana dan Warda nyatakan yang aku akan pulang lewat. Yelah, aku tak pasti pukul berapa aku pulang rumah. Aku tak nak mereka terlalu risau hal aku. Kesian mereka berdua. Gee lainlah. Sebab Gee memang jarang ambil tahu hal aku. Bukan tak ambil tahu tapi jarang. Lagipun Gee banyak habiskan masa dengan classmates dia.

********

Dek kerana terasa letih dan bosan menunggu Ilham, lepas satu cerita, satu cerita aku menonton tapi tak satu pun menarik perhatian aku. Tanpa sedar, aku terlena di atas sofa ini.

Entah berapa lama aku tidur pun aku tak tahu sehinggalah bahu terasa disentuh.  Pipi terasa di tepuk lembut dan terdengar-dengar namaku di seru. Perlahan-lahan mataku buka.
Saat imej di hadapanku semakin jelas kelihatan terus sahaja aku tersentak dan terduduk terus. Dia juga kelihatan terkejut.

"Errkkk... Bila awak sampai?"

"Baru je sampai. Sorry buat kau tunggu lama."

Dudukku di betulkan.  Rambutku usap dengan jemari. Mana tau dah serupa singa kembang semacam.

Ilham bangkit dan berlalu duduk di sofa. Kepalanya di sandarkan dan mata di pejam.  Tangannya naik ke dahi. Wajah Ilham kelihatan letih sekali. Nak aje aku tanya perihal Mikaiel tapi macam kesian pula tengok muka dia. Aku pun macam takut nak mendengar hal kematian Mikaiel tapi tulahkan, tak tanya tapi tertanya-tanya. Nak tanya takut pula. Adeh!!

Tetiba perut aku berbunyi kriok...kriok...
Terus aku memegang perut aku.

"Kau belum makan lagi ke?" Mata terus pandang arah Ilham. Dia dengar!!! Adoi malu aku. Perutku yang ramping, kenapa kau malukan tuan kau!?

Aku menggeleng.

"Kenapa kau tak ambil je apa-apa kat dapur tu masak?" Soalnya lagi.

Bulat mata aku. Masak apa? Aku bukan pandai mana. Dulu belajar kejap je sebab tak nak malu dengal Aidil. Bila dah tak bersama Aidil, malas masak aku kembali semula. Tadi pun aku sediakan bubur untuk dia sebab aku rasa senang dan aku kesiankan dia. Alih-alih sekarang ni perut aku pula berirama.

"Nak masak apa?" Soal aku menyebabkan kening Ilham terangkat.

"Masak jelah apa kau nak makan"

"Tak mahulah, nanti kena mop lantai lagi. Penat."
Aku mencebik. Alasan.

Ilham menggeleng kepala.

"Bukan besar mana lantai dapur tu. Buat kerja sikit dah  malas. Macam mana nak jadi isteri  nanti. Buat kerja sikit dah penat"

" kalau dah jadi isteri, nanti saya suruh suami saya ambil bibik. Biar bibik yang kemas." Aku mengangkat kening. Sekali lagi perut aku berbunyi. Terus aku peluk perut sendiri.

SHEE ITU AKU!Where stories live. Discover now