SHEE ITU AKU!-64-

2.4K 82 23
                                    

"Lepaskan aku!!!"

"Sheena.."

"Lepaskan!!! Tolong jangan macam ni!!! Abang.... Abang.... Tolong adik!!!"

"Sheena..."

"Abang... Tolong adik..tolong adik.. Lepaskan!!"

"Sheena...  Wake up "

"Abang..... Tolong adik.. Abang.... Lepaskan aku..."

**********

"Aaaarrrrggggghh." Terus aku terjaga. Peluh menyimbah seluruh wajah dan tubuhku.

"Sheena.." Aku terus menoleh ke arah suara yang memanggil namaku dalam keadaan masih tercungap.

Ilham!

"Awak...awak... Erieqa bunuh Mikaiel.. Mikaiel mati.. Erieqa yang bunuh... Tolong selamatkan saya ..saya takut.. Erieqa datang.. Sakit dia pikil saya..saya.. Jangan bagi dia datang...dia nak bunuh saya... Tolongg...." Aku menarik lengan Ilham dan terus-terus aku menjerit tanpa aku sendiri faham apa yang aku tuturkan. Yang aku tahu aku takut dan aku tak nak Erieqa jumpa aku. Aku tak nak!!

"Shhhhhh..  Kau selamat Sheena.. Kau selamat. Aku ada sini"

"Tak..tak... Ilham..Mikaiel tak bunuh diri.. Erieqa yang bunuh.. "

Terus sahaja aku di tarik dalam pelukan Ilham. Aku tetap bersuara dalam tangisan. Aku takut.

"Sheena.. Kau jangan risau. Kau selamat sekarang." Ilham melonggarkan pelukkannya dan mata kami bertentang. Aku menggeleng kepala berkali-kali.

"Tak..tak... Dia cari saya..dia ..."

"Kau selamat! Percaya aku Sheena. Tak ada siapa ganggu kau lagi.. Kau selamat. Aku ada!" Ilham memegang bahu aku dan sedikit terasa cengkamannya itu. Terus aku mengangkat wajah memandangnya. Air mata aku di seka dengan ibu jarinya.

"Saya nak abang..saya nak abang saya.. Ilham saya nak abang..tolong Ilham.." Aku masih tersedu sedan cuma tuturku tidak nyaring seperti tadi.

Ya aku perlukan kedua-dua abang aku.

"Ya.. Mereka kejap lagi sampai..kau rehat dulu Sheena.." Ilham masih terus berusaha memujuk aku.

Tiba muncul seorang lelaki dan seorang wanita berbaju putih.Terus aku menarik tangan Ilham dan memeluk lengannya. Terasa kepala aku di usap.

"Shhh... Jangan takut. Mereka doktor dan nurse. Aku tunggu kau di luar ya. Mereka nak check kau"

"Tak..tak.. Jangan tinggalkan saya. Nanti Erieqa datang.. Tolong..jangan Ilham.. Tolong... Abang... Abang.!!!!! Tolong adik.. Adik takut..." Aku terus menjerit ketakutan. Kepala aku geleng berkali-kali.. Seolah Erieqa dan Mikaiel menghampiri aku.

"Cik Sheena.. Saya doktor Ariffin. Sini Hospital. Cik Sheena selamat."

"Tak...tak... Ilham.. Saya tak nak jumpa doktor. Saya nak abang..tolong Ilham...saya nak abang saya.... Abang!!!!!!!!!!!!!" Aku menjerit sekuat hati.

"Adik...!!" Terus wajah aku angkat memandang ke arah pintu yang di buka sedikit kasar.

"Abang...." Terus aku memeluk abang Asyraf yang menghampiri aku..

"Shhh...abang ada sayang...abang dah datang." Usapan di kepala terasa dan dahi aku di kucup.

"Abang..tolong adik..adik nak balik..adik takut Erieqa datang.. Please abang..."

"Encik..maaf ya. Saya  minta adik encik kerjasama dulu bagi saya check dia" suara doktor tadi kedengaran. Aku menggeleng kepala.

"Adik.. Biar doktor check adik dulu ya." Abang Amsyar terus merapatkan tubuhnya kepada aku dan memeluk aku. Aku mengegeleng kepala.

SHEE ITU AKU!Where stories live. Discover now