Aku yang pada mulanya menyarung seluar pendek terus menukar bila teringat pesanan mak Yam. Yelah ada Ilham. Makhluk Tuhan yang langsung tak seksi tu.
Mulut je cakap tak nak turun tapi... Kaki melangkah juga. Setiba di bawah aku melihat Ilham sudah duduk dengan semangkuk bubur ayam diatas meja.
Matanya mengisyaratkan supaya aku duduk sebaik sahaja dia perasan kehadiran aku.
Aku yang sudah tarik kerusi dengan sedikit kasar memandang wajahnya.
Mengalahkan abang Asyraf dan abang Amsyar pula dia ni tau. Aku cocok juga mata tu dengan jari aku ni.
" yang kau pandang aku buat apa!? Makanlah. Sejuk kang tak sedap" suara dia tukan..tak boleh ke cakap lemah lembut dengan aku. Nak keras je.
Aku mencapai sudu dan dengan lafaz bismillah, aku menyuapkan bubur ayam kedalam mulut.
Tak pernah kalah..
Memang sedap..Tak pedulikan Ilham yang memerhati, terus sahaja aku makan tanpa mengangkat muka. Memang tengah lapar pun. Perut dan tekak ni boleh tahan menggedik juga. Dari tengahari tadi, tak selera memanjang. Sarapan tadi pun makan nasi goreng sikit. La ni makan bubur ayam ni sedap aje. Aish....
"Terima kasih awak" sambil makan sambil aku ucapkan terima kasih. Marah memang marah dengan sikap dia tapi dah dia tengok aku makan. Aku pun terasa kekok dan segan juga sebab dia sediakan makanan untuk aku.
Ilham mengangguk kepalanya.
"Susahkan awak je dari Johor ke Kuala Lumpur untuk sediakan bubur untuk saya. Sebenar saya pun tak tahu abang call awak minta awk datang sini masak bubur untuk saya. Sorry ya susahkan awak" ringan pula mulut ni nak cakap. Aku terus menyuapkan bubur ayam.
"Kau ingat kau someone yang special ke sampai aku sanggup turun Johor ke Kuala Lumpur semata nak masak bubur untuk kau!?" Tercekik bubur aku dengan ayat dia. Terus aku mengambil air dan meneguk dengan rakus.
Berkerut dahi aku.
"Dah semalam cakap abang call awak untuk masak bubur ayam ni ah!" Aku pula naik geram.
" Eh yang kau banyak soal ni kenapa!? makan jelah. Kau ingat aku ni tak ada benda lain nak buat, nak menghadap kau makan je ke!?"
"Yang awak tetiba marah saya ni kenapa!?" Pelik betul aku.
"Kau ni dasar anak manja ya. Semua benda nak depan mata. Sampai makan pun nak berteman. Mengada-ngada.! Tak menyusahkan orang tak boleh ya!"
Terus sudu aku hempaskan. Ilham mencerlung matanya. Ingat aku takut!!! Mulut dia....bisa!
"Yang awak menghadap saya kenapa!? Ada ke saya suruh awak datang sini? Saya ke suruh awak masak? Yang awak bodoh sangat datang sini masak untuk saya kenapa? Saya pun bukan someone special untuk awak so balik lah!!! Kalau dengan saya mulut tu mesti bisa je. Dengan orang lain boleh pula cakap elok-elok dan sopan!!! Aku terus bangkit dari kerusi dengan kasar.
"Adik....kenapa ni?" Ibu datang dari arah dapur dengan wajah yang sedikit berkerut.
"Ni... si mangkuk ni, kalau tak sakitkan hati adik tak boleh agaknya. Mulut dia...." Tak habis ayat aku ibu dah mencelah.
"Ya Allah, apa cakap kasar macam tu adik!! Ibu tak ajar kamu cakap biadab dengan tetamu.!"
Ibu sudah bercekak pinggang dan aku tak kira. Hati aku sakit sangat. Terus aku lari naik ke bilik. Suara ibu memanggil tidak aku pedulikan.Sampai di bilik , pintu aku hempaskan dan terus aku sembamkan wajah di bantal Yang terdapat atas katil. Hati aku betul-betul remuk. Tak pernah nak bahasa elok dengan aku.
YOU ARE READING
SHEE ITU AKU!
RomanceIni kisah aku. Aku Sheena Batrisya. Aku nak jadi Fashion Designer. Dan sekarang aku merupakan pelajar bidang Fashion and Design. Ada kisah buat aku terlibat dalam dunia modeling. Kisah biasa-biasa tapi akhirnya jadi luar biasa. *********** Hidup ak...