Entahlah aku tak tahu keputusan aku ini betul atau tidak. Spontan sebenarnya tindakkan aku tadi. Harap ada kebaikan diatas keputusan aku nak bekerja dengan en Fahim. Sebut En Fahim tetiba terukir senyuman di bibir. Macam berjodoh pula kami. Hari tu dia tawarkan, aku menolak. Sekarang aku minta dengan tak malunya, dia pula dengan mudah mengambil aku bekerja. Aku mesti bekerja dengan baik. Ya memang tujuan aku nak kerja model tu sebab Aidil kan tak izinkan. Jadi aku akan buat bertentangan dengan apa yang dia tak suka. Aku percaya aku boleh lupakan dia walaupun perit.
Sampai di hadapan rumah, aku kerling jam di tangan menunjukkan jam 9 malam. Aku turun dari kereta untuk membuka pagar. Tetiba tangan aku di tarik kuat. Tersentak aku.
"Hey.." Dia..
"Lepaskan sayalah." Aku meronta untuk di lepaskan. Dia tidak menjawab tapi terus menarik aku untuk Masuk kedalam keretaku. Aidil terus membawaku ke tempat penumpang. Dia terus menuju ke tempat pemandu. Kereta di undur dan terus berlalu.
Panik!
"Awak nak pergi mana ni Aidil?!" dia tidak menjawab malah meneruskan pemanduan.
"Aidil!!" Aku menjerit memanggil dia tapi dia tetap tak endahkan.
"Saya nak balik!" Tegas.
Aku menoleh keluar dan melihat jalan yang dilalui. Aku tak tahu jalan ni ke arah mana. Sebab aku ni bukan reti sangat.ni arah kemana?
"Aidil please.. Saya nak balik."
Beberapa minit dia berhenti di satu kawasan. Aku memandang keliling. Kosong. Padang mana ni?
Aidil menoleh kearah aku. Aku mula rasa tak sedap hati.
"Aidil..."
Dan seperti aku jangka dia merapatkan wajahnya kepada aku. Aku cuba menahan dadanya.berkali aku memanggil namanya. Air mata aku mula tumpah. Aku tak mahu perkara itu lagi. Dia suami orang. Dia suami orang.!!! Aku mengingatkan pada diri sendiri. Walau hakikatnya aku terlampau merinduinya. Sangat-sangat merinduinya!
"Aidil please .. Lepaskan saya. Jangan buat saya macam ni. Awak suami orang" aku bersuara perlahan. Tangan aku masih melekat didadanya. Dia melepaskan keluhan berat. Dia menjauhkan diri semula dari aku. Wajahnya diraup kasar berkali-kali.
Dia memandang lurus ke depan. Aku cuba membetulkan duduk aku. Ikut hati nak lari tapi kalau aku keluar lari aku nak kemana. Lagipun kawasan sunyi.
"Perkara itu tak sepatutnya terjadi." Tetiba Aidil bersuara. Aku menoleh memandangnya.
Aidil menoleh ke arah aku. Walaupun keadaan samar, tapi cahaya lampu dari luar yang tidak jauh dari kami membolehkan aku nampak wajahnya. Matanya redup memandang kearah aku. Wajah yang aku rindui.
"Saya salah sayang. Saya salah pada awak dan pada Rania." Nama itu di sebut. Hati aku pedih. Aku masih diamkan diri.
"Rania kakak sepupu saya. Kami sangat rapat dari kecil sehingga sekarang."
Kakak sepupu! Maksudnya Rania lebih tua dari Aidil dan...
Aku mula tertarik ingin mengetahui selanjutnya."Rania dan saya beza tiga tahun. Kami memang selalu kesana kemari bersama. Saya pergi ke Penang rumah keluarga Rania masa cuti sem. Memang jadi rutin jika ada masa kami akan berjumpa. Lagipun Rania nak berkahwin." Aidil menoleh kearah aku.
Rania nak khawin? Tapi bukan dia khwin dengan awak ke Aidil. Aku semakin keliru. Aku tak bertanya. Aku masih terus fokus mendengar.
"Selepas pulang dari bercuti di rumah Rania, kami sekeluarga pulang ke Perak dan malam tu kami dapat berita yang tunang Rania meninggal kemalangan. Kami berpatah balik untuk melawat. Rania hilang pertimbangan. Dia tertekan."

ANDA SEDANG MEMBACA
SHEE ITU AKU!
RomanceIni kisah aku. Aku Sheena Batrisya. Aku nak jadi Fashion Designer. Dan sekarang aku merupakan pelajar bidang Fashion and Design. Ada kisah buat aku terlibat dalam dunia modeling. Kisah biasa-biasa tapi akhirnya jadi luar biasa. *********** Hidup ak...