Baru aku ingat.. Inilah gadis yang bersama Ilham ketika majlis abang aku dulu.
Kenapa terasa hati remuk berkecai, berderai dan seperti di lunyaikan dengan perkhabaran yang baru aku terima ini.
Tangan naik ke dada. Jari telunjuk naik mengurut dada yang kini aku rasa seolah di hempap batu yang maha besar...
Sesak...
Sangat sesak...Tak mungkin... Aku...
Tak...
Tak...Aku patut gembira dia ada cinta...
Ya aku patut gembira..
Tapi... Kenapa gembira itu seolah sama dengan perasaan aku dengan pemergian encik Fahim buat selamanya itu..Allah.... Kenapa aku ni.....
"Stop Vie!!" Kak Iryani meninggikan suaranya. Tersentak aku yang berada disisinya.
"What!?...." Vie dengan gaya sotong yang tercabut tulang lembut dia. Ok tetiba aku pun join panas hati.
Tapi sebab apa?
Wajah Ilham aku pandang, dia tidak memandang aku, sebaliknya tangan Vie di tolak lembut.
"Aku nak jumpa mak su dan pak su" Ilham berlalu pergi dan tetap tidak menoleh ke arah aku..
Benci sangatkah dia pada aku!?
Tanpa aku duga, kak Iryani merentap lengan Vie sehingga terjerit kecil Vie dan ketika itu juga mama Ilham menjerit sedikit nama kak Iryani.
"Kau jangan nak mimpi jadi adik ipar aku!" Vie tayang muka bosannya.
"Sudah Iryani! Hormat sikit pemergian Fahim ni. Kawal suara tu. Takkan nak bergaduh! Apa kata mak su dan pak su kamu nanti. Orang tengah sedih kamu bertekak di sini.!!" Mama Ilham bersuara keras tapi masih di kawal nadanya.
"Hey perempuan dengar sini. Kalau kau dan beruk letak depan aku, aku lebih sanggup pilih beruk jadi adik ipar aku berbanding kau. Dasar betina tak malu. Dah ludah, kau jilat balik ludah kau.!!"
"Iryani!!! Mama cakap cukup!!"
Vie terus meninggalkan Kak Iryani. Wajahnya ketara di buat konon seperti takut dan menghampiri mama Ilham.
"Auntie......" Rengeknya. Mama Ilham mengusap lengan Vie. Kak Iryani mencerlung tajam ke arah Vie dan mamanya. Aku pula jadi tak enak melihat situasi inim walaupun hanya kami-kami tapi perasaan segan itu tak dapat aku tolak tepi. Apatah lagi hal Ilham di bangkitkan.
"Stupid!! Ingat! Kalau kau boleh guna cara kotor, aku pun boleh dan sampai mati aku takkan terima kau dalam keluarga aku! Jangan mimpi!!! Dah Shee jom!" Tangan aku di tarik kasar keluar dari ruangan itu. Aku tak sempat nak berpamin dengan yang ada di situ. Terus sahaja di tarik seperti anak kecil.
Sampai di kereta, kak Iryani melepaskan keluhannya yang berat. Warda dan Hana terpinga-pinga juga tadi melihat aku di tarik kak Iryani melalui merellka berdua. Cepat-cepat mereka mengikuti aku.
"Sorry Shee.."
"Eh tak apa kak..mmm saya,balik dulu ya kak."
Kak Iryani mengangguk .
Aku baru teringat sesuatu...
"Eh kak... Saya nak tanya boleh?"
Kak Iryani mengangguk kepalanya..
"Macam mana arwah meninggal" aku yang terkejut tadi terus siap datang kesini. Sampai tadi lupa nak tanya kak Iryani. Hati dah sebak.
"Accident. Keretanya terbabas. Susah juga nak faham macam mana dia terbabas, sebab jalan lurus je ikut punnya"
YOU ARE READING
SHEE ITU AKU!
RomanceIni kisah aku. Aku Sheena Batrisya. Aku nak jadi Fashion Designer. Dan sekarang aku merupakan pelajar bidang Fashion and Design. Ada kisah buat aku terlibat dalam dunia modeling. Kisah biasa-biasa tapi akhirnya jadi luar biasa. *********** Hidup ak...