SHEE ITU AKU! -30-

2.8K 83 3
                                    

Hari ini tiba malam yang dinantikan. Tiga minggu aku, Jaja dan Dura buat latihan. Aku minta mereka berdua rahsiakan lagu ini dari pengetahuan kelas. Kononnya nak suprise. Yang sebenar aku tak nak mood aku rosak kalau Hana dan Warda tahu kenapa aku pilih lagu ini untuk malam persembahan nanti.

Setiba di dewan utama. Aku ,Hana dan Warda berpisah. Aku mencari Jaja dan Dura di belakang pentas. Ramai betul malam ni. Berdebar terus rasa di dada. Tapi sebenarnya aku dah biasa buat persembahan di sekolah dulu. Aku wakil dalam sebarang persembahan nyanyian di sekolah.

Walaupun tema back to school, tapi boleh tahan memasing punya melaram. Macam-macam pakaian sekolah mereka pakai. Uniform sekolah dari seluruh negara mereka jadikan pakaian malam ini. Ada memakai uniform sekolah untuk negara Jepun, Korea, Indonesia , thailand dan ada yang ikut suka mereka je. Aku pun tak ketinggalan malam ini untuk bergaya, lagi-lagi aku nak buat persembahan.  malam ini aku memilih stail Japan uniform high school. Nasiblah ibu mahu beri aku wang tambahan untuk membeli baju  aku pakai malam ini.
Skirt paras atas lutut yang checkered berselang-seli dengan warna biru gelap dan hitam. Kot berlengan panjang biru gelap dan lining hitam dipadankan bersama dengan tali leher yang sama corak dengan skirt yang dipakai. Puas juga aku mencari pakaian ini. Punyalah nak jadi student Jepun. Hailah! Lecana sekolah aku tempah di kedai untuk sulamkan. Aku main rembat je design sekolah Jepun mana entah dari pak cik Google lekat di bahagian dada di sebelah kiri. Kasut pula adalah kasut hitam bertali dipadankan dengan stokin berwarna hitam paras lutut. Rambut aku tocangkan kiri kanan. Dan aku ikan reben. Comel!
Bukan aku puji diri sendiri tapi Hana dan Warda juga turun puji aku kelihatan comel sekali. Kembang sekejap punggung aku dapat pujian mereka. Kalau dah dinner ni semua selamba. Tudung masing-masing melayang macam aku. Hana dan Warda masing-masing berbaju kurung sekolah menegah tapi tetap menutup aurat dengan bertudung. Mereka meminjam adik masing-masing punya baju.

Aku Jaja Dan Dura mengambil tempat di belakang pentas. Nombor giliran kami 19 dari 25 kelas. Mata aku melirik kearah semua perserta. Ada yang siap membawa prop. Mungkin mereka ingin berlakon. Ada yang berpakaian sedondon. Mungkin mereka mahu menari. Dengar cerita malam ni ada yang buat persembahan lakonan, dikir barat, berpidato dan menari. Itukan semua aktiviti yang biasa di lakukan di sekolah.

Ucapan dari Pengarah kedengaran. Aku sekadar duduk bersandar di tepi dinding sementara menunggu giliran. Kelas pertama yang akan membuat persembahan telah di panggil. Aku memandang wajah Jaja dan Dura. Masing-masing leka dengan lathàn  bahagian masing-masing. Aku sahaja duduk melayan perasaan sendiri.

Tadi aku perasan kelibat Aidil masuk ke dewan. Memang aku harapkan dia hadir.Rindu padanya tak pernah pudar. Tapi apakan daya. Aku kena pujuk hati sendiri dan mengingatkan status Aidil.

Fikiran aku kembali mengingati saat kami bercinta. Air mata aku mengalir juga. Aku mnyeka dengan ibu jari. Aku mesti kuat dan buktikan padanya aku tak perlukan dia walaupun sebenar itu bukan yang aku inginkan. Tanpa aku sedar, kini giliran kelas aku pula buat persembahan. Aku menarik nafas sedalam yang mungkin. Aku perlu tenangkan perasaan aku dan tumpukan pada persembahan.Kami bertiga melangkah naik kepentas. Mata aku tutup sebentar. Perasaan gugup menerjah saat mata aku melihat keseluruhan dewan di penuhi dengan semua pelajar. Terdengar tepukan dan jeritan. Aku pasti itu sorakkan dari kelas kami. Nafas aku tarik sedalam yang mungkin. Mata yang terpejam aku buka dan aku menoleh kearah Dura dan Jaja mengisyaratkan aku dah bersedia. Gitar Dura petikkan dan aku terus memulakan nyanyian aku.

Oh lepaskanlah lepaskanlah
Oh lepaskanlah lepaskanlah
Oh lepaskanlah lepaskanlah
Oh lepaskanlah lepaskanlah
Mungkin kau bukan buatku

SHEE ITU AKU!Where stories live. Discover now