SHEE ITU AKU!-58-

2.4K 109 27
                                    

"Aaachuumm!!" Terkejut aku. Ilham melepaskan pelukkannya dan terus menjauhkan dirinya dari tubuh aku.

Berkali-kali dia bersin. Dan hidungnya semakin merah. Kulit dahlah putih. Merah padam mukanya dek panahan bersin.

"Kau keluar nanti rapatkan je pintu. Aku nak rehat!" Suaranya yang sengau kedengaran.

Aku sekadar memerhati tubuhnya yang lesu memanjat katil. Terus sahaja matanya di pejam rapat.

Terbit pula rasa bersalah dalam diri ini. Orang demam aku ganggu. Tapi mana aku tahu dia di serang demam.

Aku terus keluar dari bilik. Anak tangga aku turuni selangkah demi selangkah. Beg  di sofa aku capai. Aku berdiri tegak dan berkira-kira. Mahu pulang atau.. 

Akhirnya kini aku kembali di hadapan pintu biliknya yang telah aku tutupi tadi. Di tangan kanan aku ada sehelai tuala muka yang memang tersimpan di dalam beg aku. Tuala tadi aku dah basahkan terlebih dahulu.

Aku menarik nafas. Teragak-agak aku mahu pulaskan tombol pintu ini. Setelah berkira-kira mahu atau tidak, akhirnya aku putuskan masuk kedalam.

Bila pintu terbuka, aku melangkah masuk perlahan-lahan. Aku menghampiri Ilham yang lena di atas katil itu.

Wajahnya aku pandang. Sedikit kemerahan kulitnya. Tanpa aku sedar, wajahnya aku teliti. Dari alis matanya, turun ke hidung mancungnya yang kelihatan merah. Kini bibirnya aku pandang. Air liur aku telan. Tangan naik menyentuh dada yang tetiba di pukul perasaan yang aku rasa sungguh keliru. Kepala aku geleng berkali-kali.

Kenapa aku ni!!!

Kain di tangan aku letakkan di dahi Ilham

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Kain di tangan aku letakkan di dahi Ilham. Tangan aku di sambar tangannya membuat aku tersentak. Matanya di buka perlahan-lahan.

"Sheena..."

"Errkkk...awak.. Sakit tangan saya.."

"Kau buat apa lagi disini!? Kan aku suruh kau balik!!"

"Errkk..a..wak..demam.. Sa..ya letakkan kain ba..sah je." Gagap! Asyik gagap je aku ni.. Last-last boleh gagap terus aku.

"Kan aku cakap balik! Kau ni degil betul ya!"

"Ya..ya..saya balik la ni... Lepaskanlah tangan saya" aku mendengus. Balik!! Balik!! Macamlah aku nak lepak kat rumah dia.

Tangan aku di lepaskan. Matanya kembali di pejam. Aku terus berpaling ke belakang. Baru sahaja tangan menyentuh tombol pintu, walaupun nadanya perlahan tapi masih aku dengar dengan jelas.

"Aku bukan halau kau balik....Hati-hati..."

Terus aku menoleh kebelakang dan memandang wajahnya. Matanya masih tertutup.

Terus aku keluar bilik. Sewaktu menuruni anak tangga, aku tertoleh ke arah ruang dapurnya.

 Sewaktu menuruni anak tangga, aku tertoleh ke arah ruang dapurnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
SHEE ITU AKU!Where stories live. Discover now