"Allah menguji hambanya kerana dia tahu hambanya itu kuat untuk menghadapi ujian tersebut."
Masih aku ingat kata kata ustaz ketika menghadiri kuliah maghrib di kampungku. Adakah Allah sedang mengujiku kini? Kuatkah aku dengan ujian yang Allah turunkan ini?
Untuk kesekian kali, airmata aku mengalir. Sedih mengenangkan nasib diriku ini.
Tiba tiba ada satu tangan yang memegang bahuku."Sya.. Kau nangis lagi ek?"
Cepat cepat aku menyeka airmata sebelum berpaling menghadap gerangan tersebut."Eh tak delah. Mata aku ni sakit pedih gatal tetiba pastu aku tenyeh lah. Tu yang berair sikit ni." Kataku sambil menyeka airmata yang masih bersisa.
"Kau tak payah tipu aku Sya. Aku kenal kau bukan sehari dua ni. Aku kenal kau sejak sekolah rendah lagi. Kau masih teringatkan dia ek?" Gerangan tersebut mengambil tempat duduk di sebelah ku.
Aku tak kuat. Aku tak mampu menahan kesedihan yang bertamu dalam hati ini. Terus airmata merembes keluar lagi.
Aku memeluk gerangan tersebut.
"Aku sayang dia Atie. Macam mana aku nak lupakan dia? Sanggup dia buang aku. Macam mana aku nak hidup tanpa dia? Dia dah jadi sebahagian dari nyawa aku Atie." Rintih aku.Atie mengusap lembut belakang aku untuk menenangkan ku.
"Sya, kau kena kuat. Kau kena redha. Allah tengah uji kau sekarang ni. Kau kena fight balik hak kau! Kalau kau lemah macam ni, lagi lah perempuan tu tersenyum kemenangan. Kau sayang dia kan? So kau kena kuat! Kau kena bangkit balik."
"Tapi Atie, dia dah buang aku. Dia memilih perempuan tu. Dia sayangkan perempuan tu. Dia halau aku." Rintih aku lagi.
"Dah dah. Sekarang ni berhenti nangis. Dah lah. Hodoh weh muka kau nangis. Jum masuk dalam , mak aku panggil makan." Aku meleraikan pelukan itu. Atie tersenyum manis kepadaku. Airmata ku diseka.
Kemudian aku mengikut nya masuk kedalam rumah.
***
"Hana! Hana! Bangun lah. Tolong pakaikan tie ni kat i. Hana! Bangun lah. Dah pukul 8 pagi dah ni." Khairul menarik gebar yang menutup badan Hana itu supaya Hana bangun dari tidurnya.
"Hmm ala bie, i ngantuk lah. Bagi lah i tidur lama lagi.. Hmm" Rengek Hana dengan matanya masih pejam.
Mengeluh Khairul seketika mengenangkan isterinya itu. Malas melayan Hana itu, dia terus turun kebawah. Necktie nya hanya dipegang ditangan.
Ketika turun ke bawah. Dia melihat ibu dan ayahnya sedang menjamu selera.
"Pagi bu! Pagi yah!" Sapa Khairul lalu mengambil tempat dimeja makan.
Ayahnya yang sedang membaca surat khabar itu hanya mengangguk dengan sapaan anaknya itu.
"Isteri kamu mana?" Tanya Puan Isma.
"Err Hana dia tidur lagi bu." Jawab khairul. Tidak berani dia memandang muka ibunya.
"What? Tidur lagi? Ish . Suami nak pergi kerja dia tidur. Hmm apa nak jadi lah." Muka Puan Isma sungguh tidak berpuas hati dengan perilaku menantunya itu.
Khairul hanya diam tidak berkutik. Dia hanya meneruskan suapannya.
"Haa tu tie tu kenapa tak pakai?" Tanya Puan Isma lagi.
"Err.. Kejap lagi Khai pakai lah bu." Dalih Khairul.
"Hmm nak pakai kejap lagi ke tak reti pakai?" Sindir Puan Isma.
"Hm ada bini tapi takleh harap. Huh. Sorang entah kemana, yang sorang lagi haih." Rungut Puan Isma.
Khairul hanya diam menunduk. Encik Adam yang tadi nya hanya diam membaca surat khabar mula bersuara.
"Hmm biarlah kat dia. Pandai pandai lah dia kan dah besar. Dia dah pandai buat keputusan sendiri. Biarlah dia." Sinis sahaja bunyinya. Encik Adam terus berlalu pergi dari situ.
Khairul sedikit tersentak dengan kata kata ayahnya itu tadi.
"Hmm takpelah bu., khai pergi kerja dulu ye. Assalamualaikum."
****
![](https://img.wattpad.com/cover/68074576-288-k184245.jpg)
YOU ARE READING
Peluang Kedua
RandomSyafiha diminta oleh kawan baiknya untuk mengantikan pengantin perempuan dek kerana pengantin perempuan telah menarik diri dari majlis perkhawinan tersebut. Selamat bergelar isteri kepada Khairul, Syafiha sudah menjadi sebahagian daripada hidup Khai...